Friday, 27 July 2012

V-Day! Rumah orang orang tua Al-Ikhlas

Helloz.



Kali ni saya nak share sikit pasal program  bersama orang-orang tua Al-Ikhlas Puchong beberapa bulan yang lalu. Maapla tak dapat post seminit lepas program habis sebabnya lepas program hakak selalunya ada program lain seperti assignments dan karaoke bersama kawan kawan. 


Alrite,  kali ni saya dapat interview sikit dengan pemilik rumah warga emas ini, kitaorang panggil dia Ibu Muji.
Beliau cakap, kebanyakan kes-kes orang-orang tua yang kena hantar kat sini adalah disebabkan anak-anak membuang mereka di merata-rata tempat. Antara kes-kes yang terlibat macam:


1. Seorang anak mendera kedua ibu bapanya sehingga cucu mereka tak sanggup tengok dan hantar ke rumah kebajikan.


2. Anak menghantar ke rumah orang tua, dan hanya datang melawat sekali untuk dapatkan harta & tukar nama.


3. Seorang anak meninggalkan bapanya yang berwheel chair di tepi jalan.


Dan banyak lagi kisah kisah lain, tapi kebanyakkannya sebabkan masalah-masalah lebih kurang begini. Bayangkan ibu bapa kita berada dalam kalangan warga-warga emas yang kurang bernasib baik ni, sayunya mereka menunggu anak-anak menjenguk.


Ada jugak warga emas kat sini yang selalu mengadu nak balik rumah, tapi bila anak-anak datang melawat, dia diam jeh, takde complain apa pun.  Yes, very the touching.


Okie, masa saya kat sini ada juga beberapa scene yang agak menyayat hati. Contohnya seorang warga emas yang dah terlantar setahun koma dan hanya membuka mata beberapa kali sahaja sejak koma. Believe it or not, wanita ini walaupun dalam koma pernah menangis sebab nurse yang menjaga dia pernah cerita kisah menyayat hati kat dia.


Bukan itu jeh, sorang pak cik ni selalu datang dari bilik warga emas lelaki ke bilik warga emas wanita sebab nak menjeguk isteri dia. Agak sweet disitu, sebab pak cik ni selalu macam nak pujuk pujuk isteri dia, then isteri dia macam merajuk. ehehe. comel jeh.


Selain tu, ada jugak warga emas yang buta, tp suka nak tengok tv. Maybe dia suka dengar bunyi kut. ehehe.

Ada jugak warga emas yang suka masuk tandas. Bila semua orang tengah busy, dia akan cuba melarikan diri masuk tandas selama setengah jam. Tak sure gak apa hobi dia kat situ. Masih dalam siasatan.



So, tugas kami kat situ actually nak spend time, memasak, menguruskan mereka & bersuka ria dengan warga warga emas ni sebab mereka tak ada banyak aktiviti luar.


Bawah ni ada beberapa pitcha program lawatan ni. 





Pengasas Pusat Penjagaan ini, Ibu Muji. Beliau pun pernah bekerja di hospital suatu masa dahulu tapi sekarang dah jadi businesswoman.


Ruang tidur warga emas wanita


Kawasan warga emas lelaki


Ruang depan dan kawasan warga emas lelaki jugak. eheh


Sesi beramah mesra bertepuk tepuk tangan. Kat mana mana pun pergi warga emas Malaysia sangat suka lagu Ohh Fatimahh, gadis ayuu.


Sesi meranggangkan otot otot. Lepas sesi menari dan menyanyi, sesi berpantun pulak, di mana anak-anak muda kini fail & lembap dalam membalas pantun. Membalas tweet saja kami cepat.



Antara warga emas yang masih lagi segak dan vogue, berduet  bersama.




Okay itu saja untuk kali ni, semoga kita berjumpa lagi, daaaaa.




You belong with me
Not swallowed in the sea
Yeah, you belong with me
Not swallowed in the sea





Friday, 29 June 2012

Logo-logo halal yang JAKIM iktiraf 2012


Assalamu'alaikum chenta.

Kali ni posto bersifat islamic sebab ada kaitan dgn cop cop halal yang selalu memeningkan kefala org melayuz. So, bawah ni pitcha keseluruhan logo-logo halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM tahun 2012:



Kalau nak gambar yang lagi clear, list badan islam yang diiktiraf atau info lebih lanjut, terus lompat ke  JAKIM's Webby untuk download pdf disitu.

Sampai sini saja posto untuk malam sabtu ni, wa'alaikumussalam rindu.


Lights will guide you home
And ignite your bones
And i will try
to fix you.

Spot the similarity



Hello darlings & Lovelehh.


Can you spot the similarity?




Ya, ini kisah susulan Mail Lambung. Gambar-gambar ini telah ditangkap secara senyap-senyap setelah beberapa bulan beliau menghilang. Bukan tu jeh, beliau juga mempunyai hobi baru seperti yang dilihat daripada gambar-gambar di atas. Menakutkan. Orang melayuz makan nasi, tapi Mail?


Becareful. Nota-nota kuliah saya telah menjadi mangsa. Mungkin anda mangsa seterusnya.


Untuk mengetahui sejarah sebenar beliau sila klik  Mail Lambung the Legend





The lights go out and I can't be saved
Tides that I tried to swim against
Have brought me down upon my knees
Oh I beg, I beg and plead.


Saturday, 7 April 2012

V-day! Misi bantuan untuk mangsa banjir Hulu Langat

Helluuuu.



Disebabkan malas untuk cerita dalam paragraph, kat bawah ni kesimpulan dia. eheh

1. Misi bantuan ni adalah untuk bagi bantuan beras dan tolong bersihkan rumah mangsa banjir especially rumah mak cik/ibu tunggal yang rumah habis berlumpur.

2. Hulu Langat sebenarnya dah banyak kali kena banjir.

4. Kerja volunteer sangat ohsemm. 

So, bawah ni ada sikit pitchaaa



Hah, ini ler bantuan beras-beras yang nak diagihkan.



Antara rumah mak cik yang kena banjir. Baju-baju pun habis dibanjiri banjir. Eheh


One of those lucky days bila vounteer.
Duit kongsi-kongsi. ehehe


Sorry guys, kali ni tak banyak gambar.  Will make it up to u some other time.


Till then, Toodles. :)


i just want them to know
that i gave my all, did my best
brought someone to happiness
Left this world a little better


V-day! Old folks home

Hai hai.

by Xin Yi



Macam mana ek, kalau masa umur kita 60-an nanti, kalau masih forever alone, takde keluarga yang sanggup jaga, masa tu pulak sakit terlantar & hospital tak nak simpan kita lama-lama? How? Nak kemana kita?

Sebenarnya, kebanyakan pusat jagaan rumah orang-orang tua kat malaysia ni tak menerima orang tua yang sakit lumpuh, terlantar dan sebagainya. Anddd, banyak rumah orang tua dah penuh.

How eh?
 sekadar buat renungan untuk yang itu.

Last 3 weeks, saya ada ke rumah orang tua lelaki. Kat situ, orang-orang tua yang ditempatkan kebanyakkannya pakai wheel chair dan ditinggalkan kat hospital oleh keluarga diorang. Kiranya, masa isi form kat hospital, anak-anak letak no.telefon & alamat palsu. Ada jugak hati kering macam tu kan.

Luckily, untuk beberapa orang tua ni, seorang lelaki dan isterinya sanggup bukak rumah orang tua untuk jaga  mereka ni.

So, tugas kami ke sana adalah untuk spend time bersama orang-orang tua ni. Lagipun diorang tak buat apa dari pagi sampai malam. Hanya duduk di kawasan rumah saja.

Apa salahnya buat orang lain gembira walaupun untuk masa yang singkat je kan?

Kalau ada masa, joinla program-program sukarelawan persatuan-persatuan belia. Contohnya, program ni under MYHA atau malaysia youth hostels association. Banyak kerja sukarelawan yang lain boleh kita join. Rakan muda, etc.

Waktu-waktu sekarang ni kalau tak sumbang masa & tenaga, rasa macam rugi je kan. Eheh

Okie dokie, kat bawah ni ada beberapa pics untuk trip haritu.


Rumah orang tua ni kat kawasan Kajang. Dekat sajor.


Dr Abdullah, he owns ze place. 
A man with a mighty heart.


Imagine kalau hidup anda macam ni je setiap hari. Dari 6 pagi sampai 8 malam.


The first guy yang masuk rumah ni, En. Rani.
 Baik dan peramah orangnya. Senyum jeh.


Sesi beramah mesra.


Ada jugak pak cik-pak cik garang. 
Tak semestinya pakcik 2 orang kat atas ni. eheh.
Tapi tolong orang ni kita kena sabar kan?
Tak mudah sebenarnya.


Okay, thats all people. See u when i see u. 
Toodles.




when i leave this world, ill leave no regrets
leave something to remember, so they wont forget
i was here
i lived, i loved
i was here.


Thursday, 22 March 2012

Gambar tacing untuk hari ini


Haluuuuuu.


Awww. Pakcik makcik yang comel & sweet. 
Forever together.
Heee :)

Love, I hope we get old.
I hope we can find a way.
Seeing it all.




Saturday, 3 March 2012

LIMA 2011' : Part II

Hello Hello.


Ini post Lima sambungan daripada post aritu. Kalau nak tengok the earlier post, click LIMA Part Oneee 


Ok then, moh kita tengok gambar-gambar bawah ni yea. :)



A real helikopter yang kita boleh suka suka hati conteng dengan pen marker. Or mungkin boleh suka hati.
 Hmm. Dum Dee Dum Dee Dum



Oh Oh. Nama heli ni Legacy of Heroes. Dan dan tau nama. Eheh
Anyhooo, gotz my name on this thang. :)


The beautiful view from paula malai ali. Eh no. awana porto malai.
  Y yu no use different name? Ish.


Our head of volunteer, Mr haswan :)


First time nampak submarine gini. 
No, the wont let us in. Waaaa.




Ini diaaa. Kapal Perang Malaysia.
K.D Jebat.



Submarine tak leh masuk, tapi dapat jugak peluang naik kapal perang. 




Dalam "kokpit" kapal. 
Dalam kapal perang yang bahagian paling depan sekali panggil kokpit jugak ke? Hmm.
Lupa lak nak tanya kapten.


Sunset view.
 Berdiri kat atas kapal ni sambil dengar azan magrib sangat best.
Beautiful. Subhanallah. :D



View from the other side of K.D Jebat.



So, that's all for LIMA 2011
Hope to see you again LIMA Langkawi & all volunteers from LIMA 2011.

Till next time,
Toddles. :)




I took my love down to violet hill.
There we sat in snow.
All the time she was silent still.
If you love me,
Wont you let me know?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...