Tuesday, 1 January 2013
Satu ayat Al-Quran ringkas untuk mengubati penyakit pening
Hello & Assalamu'alaikum.
Selalu sakit pening-pening?
Cuba try guna ayat Al-Quran pulak. Simple, senang & powerful.
Caranya:
1. Letakkan tangan kanan pada bahagian kepala yang sakit
2. Bacalah ayat 19 pada Surah Al-Waqiah
Monday, 31 December 2012
The man who stole my heart
You have won my mind and most importantly my heart.
This very humble man.
Rindukan Rasulullah? Mari beramal dengan 7 sunnahnya :)
1. Solat Tahajjud
2. Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari
3. Jangan Tinggalkan Masjid
4. Jaga Solat Dhuha
5. Jaga Sedekah
6. Jaga Wudhuk Terus Menerus
7. Istighfar Setiap Masa
Semoga kita sentiasa cuba untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
Allahumma salli ala sayyidina Muhammad
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin
Allahumma salli ala sayyidina Muhammad
Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin
Sunday, 2 December 2012
Kenapa sibuk cerita pasal solat?
Assalamu’alaikum
So harini saya nak cakap sedikit tentang post-post saya
dalam fb. Ada jugak kadang-kadang berkaitan dengan basics bacaan solat atau
perbuatan dalam solat.
So, persoalannya: kenapa saya ni sibuk bagitahu orang ramai pasal benda yang
rata-rata orang islam kat Malaysia dah tau?
Why Weellnutt? Why?!
Sebab kita mudah lupa. Lagi-lagi bacaan kita mudah berterabur. Lebih-lebih lagi laju. Lebih-lebih lagi salah
sebutan. Oh banyaknya lebih-lebih lagi.
Tahukah anda jika kita membaca al-fatihah dengan laju dan
bersambung tanpa menyambung ayat dengan betul adalah tidak sah? Yeszaa. Kalau
nak baca dengan bacaan biasa, hendaklah mengambil nafas dulu sebelum mulakan
setiap ayat.
Cakap macam hafizah je kan. No no, saya masih belajar dan
banyak lagi yang saya sendiri nak betulkan.
Dan kenapa saya asyik pentingkan solat above nasihat-nasihat
lain? Al-fatihah la, cara amik wudhu’ la. Orang dah tau la!
Sebab ape?
Sebab kita selalu amik ringan solat kita. Hah itu dia. Hey,
solat tu tempat meminta pertolongan dan mengagungkan Tuhan yang Esa. Bukan
untuk melepaskan tanggungjawab Fardhu sahaja bak kata ustaz Hasnan Kasan. Tapi tanya
diri kita, kita solat ni untuk apa?
Yes, selama ni den solat pun nak mintak ampun jugak, tapi
bila nak mintak ampun, bacaan solat pun tak paham. So, solat tu sebenarnya tempat nak
mintak ampun, atau kita hanya mintak ampun selepas solat?
Dan ruginya kita kalau tak tahu makna ayat-ayat yang dibaca,
sebab Allah menjawab kembali semua perkara yang kita ucapkan. Berkomunikasi yo dengan
pencipta Langit dan bumi. Hebat solat ni.
Dan sebab apa lagi saya selalu sibuk membicarakan pasal tata
tertib solat?
Sebab kita hari-hari mungkin tak terlepas daripada membuat
dosa. Sebab kebanyakan kita tak tutup aurat dengan betul, selalu melewatkan
solat, selalu buat kerja sia-sia yang tak membantu kita pun dalam kubur nanti,
etc. Dan perkara-perkara ni sebenarnya dosa yang kita selalu terlepas pandang. Termasuklah
den ni haa. Hari-hari kumpul dosa, bila
nya kita nak kumpul pahala?
Waktu solat eh?
Solat kita tu betul ke tak?
Haaa this is the fun bit.
Udah la kita buat dunno jeh dengan dosa-dosa ni, bila solat
pulak tunggang terbalik. Camno lah nak mintak ampun dengan dosa-dosa yang dah
buat ni.
Saya pun bukan pakar agama, bukan ustazah, bukan sempurna,
bukan alim ulama, masih belajar tentang dunia dan akhirat.
Tapi kita sama-sama
lah mengingatkan satu sama lain untuk menunaikan solat dengan cara yang betul.
Usaha tingkatkan sikit demi sikit hari demi hari.
Kalau solat kita tip top dan khusyuk, insya’allah Allah akan
sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus, jalan yang dikurniakan nikmat, bukannya jalan yang dimurkai
dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Wallahu’alam.
Nota kaki: Kalau ada tersilap tulis, tersalah bicara, mohon
perbetulkan kesalahan saya. Saya hanya budak baru belajaq.
On a hill top, on a sky rise,
Like a first born, child
At a full tilt, and at full flight
You see darkness, in the daylight.
Tuesday, 4 September 2012
Honour our relationship with Allah, Wear it Right :)
So, how can we improve ourselves? :)
Kadangkala inner lengan juga ketat, sebaiknya kita usahakan cari inner/baju dalam yang longgar sedikit. :)
Cuba dulu, lama-lama insya'allah mudah jeh.
Sebaiknya, pemakaian tudung/shawl/bawal perlulah labuh hingga menutup bahagian dada.
Sekarang ni pun ada banyak tutorial menggunakan shawl yang kemas & cantik serta mengikut cara pemakaian muslimah yang sebenar.
Menutup aurat hingga ke pergelangan tangan.
Cuba elakkan daripada memakai baju yang mempunyai lengan tiga suku.
Selain tu, cuba elak daripada menggunakan seluar/jeans/kain yang ketat. Leggings juga tidak sesuai. Kalau nak tau ketat ke tak, cuba tanya kawan sebelah kalau dia rasa seluar tu mengikut bentuk peha atau tidak.
Dan akhir sekali, cuba elakkan diri kita daripada disentuh daripada lelaki yang bukan mahram dengan kita.
Bukan sahaja kita perlu menjaga aurat kita, tapi maruah kita juga.
Insya'allah cuba ubah sedikit demi sedikit dan mudah-mudahan usaha kita akan mendapat keberkatan Allah suatu hari nanti.
Kan Allah rahsiakan redha-Nya dalam taat? :)
The birds they sang, at break of day.
"Start again", I hear them say.
It's so hard to just walk away.
The birds they sang, all a choir,
"Start again a little higher".
It's a spark in a sea of gray.
Tuesday, 21 August 2012
Hong Kong Mosque
Assalamualaikum & Hello,
Kowloon Mosque & Islamic Centre,
105 Nathan Road, Tsimshatsui, Kowloon,
Hong Kong.
Pada kad ni ada 5 nama & alamat masjid yang boleh dikunjungi bila anda berada di Hong Kong.
Diharapkan alamat-alamat ni boleh memudahkan perjalanan anda untuk mencari Masjid jikalau melawat ke sana nanti.
Toodles. :)
Monday, 6 August 2012
Beyond physics
Assalamu'alaikum,
![]() |
| http://msmwestmidlands.wordpress.com |
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
Something to look forward into beginning with this Ramadhan. Insya'allah :D
Sunday, 5 August 2012
Mail Lambung bakal ke olympics
Hello Mellow,
Kali ni Mail beraksi lagi dengan memanjat tangga lipat tanpa bantuan sesiapa.
Mari kita tengok usahanya hingga ke kemuncak.
Di saat beberapa anak tangga yang awal.
Terus memanjat seperti spiderman sehingga ke tengah tengah tangga
Lagi sikit lagi nak sampai ke destinasi kemuncak
Woahh, dah sampai.
Tersenyum lebar nampaknya.
Seperti biasa Mail mempunyai hobi yang luar biasa.
Makan tangga sikit seperti dia suka makan kertas dan nota kuliah.
Inilah dia, betapa tingginya tangga Gunung Everest ini
Walaupun ada langkah berjaga-jaga dan unsur unsur keselamatan di belakang beliau, tetapi Mail memanjat everest ini dengan sendirinya.
Dikhabarkan juga Mail akan menyertai Olympics yang akan datang atas bakat beliau yang luar biasa ini.
Sukan yang mana satu belum dimaklongkan lagi dari pihak sukan sukan Malaysia.
Nantikan kemunculan beliau.
So you take a picture of something you see
In the future where will I be?
You can climb a ladder up to the sun
Or a write a song nobody has sung
Or do something that's never been done
Do something that's never been done
Subscribe to:
Posts (Atom)










