Monday 31 December 2012

The man who stole my heart



You have won my mind and most importantly my heart. 
This very humble man.





Rindukan Rasulullah? Mari beramal dengan 7 sunnahnya :)

1. Solat Tahajjud

2. Membaca Al-Qur’an Sebelum Terbit Matahari

3. Jangan Tinggalkan Masjid

4. Jaga Solat Dhuha

5. Jaga Sedekah

6. Jaga Wudhuk Terus Menerus

7. Istighfar Setiap Masa



Semoga kita sentiasa cuba untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam.

Allahumma salli ala sayyidina Muhammad

Fadatkha-ruuhi ya habib
Muhammadun mukrimal-gharib
Biqurbikar-ruhu tathib
Ya rahmatal-lila’lamin

Sunday 2 December 2012

Kenapa sibuk cerita pasal solat?


Assalamu’alaikum



So harini saya nak cakap sedikit tentang post-post saya dalam fb. Ada jugak kadang-kadang berkaitan dengan basics bacaan solat atau perbuatan dalam solat. 

So, persoalannya:  kenapa saya  ni sibuk bagitahu orang ramai pasal benda yang rata-rata orang islam kat Malaysia dah tau?

Why Weellnutt? Why?!

Sebab kita mudah lupa. Lagi-lagi bacaan kita mudah berterabur.  Lebih-lebih lagi laju. Lebih-lebih lagi salah sebutan. Oh banyaknya lebih-lebih lagi.

Tahukah anda jika kita membaca al-fatihah dengan laju dan bersambung tanpa menyambung ayat dengan betul adalah tidak sah? Yeszaa. Kalau nak baca dengan bacaan biasa, hendaklah mengambil nafas dulu sebelum mulakan setiap ayat.

Cakap macam hafizah je kan. No no, saya masih belajar dan banyak lagi yang saya sendiri nak betulkan.

Dan kenapa saya asyik pentingkan solat above nasihat-nasihat lain? Al-fatihah la, cara amik wudhu’ la. Orang dah tau la!

Sebab ape?

Sebab kita selalu amik ringan solat kita. Hah itu dia. Hey, solat tu tempat meminta pertolongan dan mengagungkan Tuhan yang Esa. Bukan untuk melepaskan tanggungjawab Fardhu sahaja bak kata ustaz Hasnan Kasan. Tapi tanya diri kita, kita solat ni untuk apa?

Yes, selama ni den solat pun nak mintak ampun jugak, tapi bila nak mintak ampun, bacaan solat pun tak paham. So, solat tu sebenarnya tempat nak mintak ampun, atau kita hanya mintak ampun selepas solat?  

Dan ruginya kita kalau tak tahu makna ayat-ayat yang dibaca, sebab Allah menjawab kembali semua perkara yang kita ucapkan. Berkomunikasi yo dengan pencipta Langit dan bumi. Hebat solat ni.

Dan sebab apa lagi saya selalu sibuk membicarakan pasal tata tertib solat?

Sebab kita hari-hari mungkin tak terlepas daripada membuat dosa. Sebab kebanyakan kita tak tutup aurat dengan betul, selalu melewatkan solat, selalu buat kerja sia-sia yang tak membantu kita pun dalam kubur nanti, etc. Dan perkara-perkara ni sebenarnya dosa yang kita selalu terlepas pandang. Termasuklah den ni haa.  Hari-hari kumpul dosa, bila nya kita nak kumpul pahala?

Waktu solat eh?

Solat kita tu betul ke tak?

Haaa this is the fun bit.

Udah la kita buat dunno jeh dengan dosa-dosa ni, bila solat pulak tunggang terbalik. Camno lah nak mintak ampun dengan dosa-dosa yang dah buat ni.

Saya pun bukan pakar agama, bukan ustazah, bukan sempurna, bukan alim ulama, masih belajar tentang dunia dan akhirat. 

Tapi kita sama-sama lah mengingatkan satu sama lain untuk menunaikan solat dengan cara yang betul. Usaha tingkatkan sikit demi sikit hari demi hari.

Kalau solat kita tip top dan khusyuk, insya’allah Allah akan sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus, jalan yang  dikurniakan nikmat, bukannya jalan yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Wallahu’alam.


Nota kaki: Kalau ada tersilap tulis, tersalah bicara, mohon perbetulkan kesalahan saya. Saya hanya budak baru belajaq.





On a hill top, on a sky rise,
Like a first born, child
At a full tilt, and at full flight
You see darkness, in the daylight.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...