Friday 29 July 2011

The Haramm! Police

Assalamualaikum

Hello Hello.



Maybe im not the best person to post this, but this is a good reminder for me and all of us.

Satu langkah baru untuk menjadi 'a better muslim' daripada semalam.

Do watch this. Its funny and the content is good. :)



KRISSSPPYYY TREATTT??!!! ahaha. Cracks me up everytime :)

And this one :)




Monday 25 July 2011

Nothing is impossible for Malaysian drivers

EXPECT THE UNEXPECTED. 

Yeah, sebab pemandu Malaysia boleh jadikan sesuatu yang impossible, possible. Pandu cermat kat jalan raya pun ,jiwa masih rasa tak selamat. Sebab u will never know bila kereta gila nak crash ur car daripada blkg, depan, kanan, kiri atau jatuh tetiba dari langit.

Macam ada skali tu, sampai 2 kren kena angkat kereta2 yang terlibat dalam accident. i dont think so yang semua pemandu2 dalam accident tu clumsy. mesti koje beberapa pemandu kereta  jeh. yang lain suma mangsa keadaan. Bila melibatkan nyawa ni, isu dah jadi sgt sensitif.

Dua hari lepas, alkisahnya, kereta kakak  tgh park perfectly dalam parking box depan kedai. Not disturbing anybody or any other cars.  Then tetiba BOOOMMM NGREEKKKK.. satu lagi kereta Hyundai gi crash kereta tu sampai naik bahagian depan kereta. Then, kereta Hyundai tu naik sampai kat lantai depan kedai tu. nasib jeh takde olang duduk depan kedai. Mau maut tak pasal2.


Yela, sape nak expect depan kedai yang jauh dari jalan raya boleh gak kena accident. Berkecai part depan tayar kiri tu. Remuknya kereta tu sama mcm remuk jiwa & raga kakak den tgok kereta baru dia kena tibai. Aiseh man. Cerita mcm mana yang the lady tu boleh langgar kereta kakak, lebih kurang begini :

The lady mungkin nak park kereta sblh kereta kakak, then masa nak pusing masuk parking, instead of tekan BREK, dia tertekan MINYAK. Then vrooommm terus langgar kereta kesayangan akakku. 


Bukan gambar sebenar tp lebih kurang gini la position sebelum nak kena langgar. Aihh.


I think benda ni sometimes kte pun unexpected. Benda nak jadi, so jadila. Tak kisah la lady driver ke tak.
Tp rasanya betul orang2 yang dalam parlimen tu ckp yang lady driver ni clumsy. Den pun kadang2 clumsy juge.eheh

Memang bukan semua la kan, tp  kebanyakan. 

So, pengajaran utk rakyat 1Malaysia, dont panic bawak kereta. Be careful bila tekan brek dgn minyak. Rileks sudah.. 


True, The hand that rocks the cradle rules the world. But remember, they can also crash ur car. Eheh





Nope, u cant run from Chuck Norris XD





Sunday 24 July 2011

Isteri isteri kat Malaysia ni cikcur? Aish



Title nak propaaaa aja. eheh. Takdela, entry ni bukan nak cakap pasal isteri-isteri kat Malaysia ni dah ada profession dan hobi dalam bidang pelacuran . Amboihh .eheh. bukan bukan..
Tp nak kasi pendapat sikit pasal Obedient Wives Club (OWC) yang semakin diuar uarkan kat masyarakat 1Malaysia ni.

Setakat yang saya baca, kelab ni menggalakkan isteri2 untuk taat dengan kehendak suami. Bukan setakat menjaga makan dan minum, tapi kelab ni tekankan nafkah batin isteri kepada suaminya

Setelah saya berblog walking, banyak pendapat yang tak setuju psl kelab ni. Mungkin salah satu sebab pengunaan perkataan PELACUR kelas pertama tu tak sesuai bagi seorang isteri dan tak mengangkat martabat isteri sebagai seorang yang dimuliakan. Mungkin perkataan tu agak taboo bagi orang orang Asia mcm kita ni kan.

Lagi satu, ada pendapat yang mengatakan kelab ni dikatakan terlalu menekankan kepentingan nafkah batin seorang isteri kepada suaminya dan menganggap bahawa suami dan isteri memang dah taknak pikir lain dah. asik pikir seks aje memanjang. padahal banyak lagi kriteria isteri lain yang diperlukan bagi seorang suami sebagai pelengkap kepada kehidupannya seperti sifat memahami, bertanggungjawab dan sebagainya.

Okay, bagi saya idea yang nak diketengahkan oleh kelab ni ada pro and cons.
Well, saya tak nampak pulak kelab ni menentang karakter2 isteri lain yang diperlukan oleh seorang suami. Cuma itulah, pendekatan dia tak holistik. dia mengutamakan nafkah batin. So, some people akan pikir yang kelab ni mengajurkan seorang isteri tu utk jadi seorang hamba seks kepada suaminya. So kalu nak jadi tukang masak or tukang dengar masalah  suma memang fail. ahaha.

Dan mungkin org igt kelab ni terlalu menekankan tanggungjawab isteri sahaja. Itu yang banyak orang complain. Mungkin OWC banyak mendapati masalah2 perpecahan suami isteri adalah disebabkan hubungan pasangan di bilik tidur. Secara realitinya, saya rasa banyak juga masalah ni yang berlaku. Kadang2 isteri kat Malaysia ni ada yang pemalu. duduk dalam bilik dengan suami pun pakai baju kelawar jeh. muka tepek bedak sejuk setiap malam.. hambar..

Gambar hiasan : entah kedai lingerine arab yang mana satu. eheh
Pernah keluar berita  pasal kedai baju2 malam perempuan yang baru bukak kat Arab. Dan daripada penjualan baju tu, banyak2 kes hubungan suami isteri yang pulih. so, walaupun benda ni nampak kecik, tp it does have some effect kat sesetengah orang.

Mungkin tak dapat menyelesaikan masalah semua hubungan suami isteri kat arab tu, tp at least dapatla tolong mengurangkan kes2 penceraian dan tolong isteri2 utk melaram depan suami. tak gituu.


Mungkin kelab ni tak holistik, tp sebenarnya ada jugak idea2 dia yang nak menolong isteri2 kat Malaysia ni. Macam pengunaan perkataan pelacur tu kan. memang la mcm ganas semacam jeh. tp for me its true. Ada orang complain kata tukar perkataan pelacur kepada yang lebih appropriate mcm bidadari bila nak melayan suami.

Tp bagi saya, manusia ni perlukan satu image yang praktikal. Kalu kita pikir bidadari sebagai contoh. ape yang kita slalu imagine? mcm kabur2 jeh. Sebab kte tak pernah nampak bidadari secara live. Then kte pun tak tau apa sbnrnya aktiviti seorang bidadari sampai boleh memuaskan nafsu seorang lelaki. ahaha.  Bila kte imagine diri kte mcm pelacur ( bukan jadi perangai pelacur 24 jam eh), cuma aktiviti yang dilakukan utk memuaskan lelaki, kte mungkin akan nampak benda yang lebih praktikal mcm striptease, lap dance dan sebagainya. Mungkin itula kut idea yang nak disampaikan, tetapi mungkin tersekat kat mana2, then tak sampai kepada masyarakat.


Saya tak cakap la benda ni yang kte kena tekankan dalam hubungan suami isteri, tp mungkin ni adalah salah satu elemen yang penting dan boleh memanjangkan jodoh atau ikatan sesebuah perkahwinan. Of course, sifat2 isteri yang solehah, bertanggungjawab, bijak dan sebagainya jugak perlu diutamakan. Yang penting kte cuba sedaya upaya utk jadi balance sebagai seorang muslimah.  tak kurang juga kepada si suami atau bakal suami, anda juga perlu menyayangi dan melindungi isteri anda. Bukan menjadi diktator tp menjadi pemegang amanah atas nikmat Allah yang diberi iaitu seorang isteri.

Kepada muslimah, apapun kte berpegang balik kepada ajaran alquran dan sunnah. Taat kepada suami dan kehendaknya asalkan tidak taat kepada perintah suami yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. dalam masa yang sama jadilah juga pelengkap suami agar dapat bersamanya dalam keadaan susah dan senang dan bukannya untuk waktu tidur shj. Jadilah muslimah solehah yang bijak. Amin :)


p/s: Teringin jugak nak tau kandungan 6 lessons yang diajar oleh OWC utk melayan suami dengan baik. Mana tau ada rahsia2 cikcur yg kte tak tau sblm ni.ahaha. :)






Best ke UKM?




Untuk yang bakal masuk first year, mesti slalu google kan pasal UKM sambil usha2 kolej yang korang akan dapat. Saya pun dolu2 macam tu jugak. Takut la kan mana tau UKM ni jauh dari standard high class.aish. Masa first time dapat surat tawaran tu, bila  tengok plan fakulti suma. Nampak besau bebenor campus dia. Biasalah, bila dipikir nak berjalan 4KM  dari satu tempat ke satu tempat ni kak tom memang lemah skit. Jalan  bermeter pun dah pancit. Seriau rasa bila dengar kawasan UKM ni besar nak berjalan. So, cmne campus map dia? meh klik sini http://www.ukm.my/pps/pps/campus_map.htm.

Bila tenung lama2 campus map tu, baru perasan yang fakulti dengan kolej tu mcm Malaysia dengan Africa. Jauh nar aih. Part tu memang buat naik darah,kolestrol dan ostrogen. Kalu lambat bangun macam mana dek non? haaa. soklan ni soklan cepuk emas. Bila tanya kakak, ni jawapan bernas dia.

Carilah pakwe senior sorang yang ada kereta. Kan senang, mudah dan cepat.


Tapi dah nasib, terima jela. nak mengader2 pun wat ape, bersyukur la dapat masuk UKM ni daripada tak ada kan. Tapi sebenarnya, bas kiffah disediakan. So, korang janganlah berasa geli ulu hati bila dapat tau kolej jauh atas bukit. Tengok kak tom ni, relaks jeh. Cool. maintain ayu sampei skrg.


Okayla disenangkan crite, UKM ni not to bad. Hal kicik2 mcm tu jgnlah risau sgt. takde hal punya.


So, kalu orang tanya apa yang best pasal UKM ni, first thing yang terlintas dalam otak saya ni, is the Library.



Yeahhh, nerddyyhh. tp nak wat cmne, saya budak sastera, mana lagi nak rujuk bahan assignment kalu  tak di library. Tapi kalu tanya budak Sains or budak Ekonomi yang first year, mungkin dorang ckp jarang pergi, di sebabkan subjek dorang mungkin banyak perah otak daripada copy and paste buku mcam budak sastera nih. Tapi kat library tu banyak buku english, melilau la mata membaca dan memaham content buku2 falsafah sastera tu. Hingat senang jadi budak sastera.Cehhh ..Senang tau.


Anyhoo, sebenarnya ada jugak tempat lain kat UKM yang saya jakun jugaks. tapi dah yang library ni yang slalu kena pergi, so library ni jugak la yang terlekat di hari. Okayyhh. berbalik kepada tempat paling best dalam Malaysia nih, nama penuh Perpustakaan Tun Seri Lanang. nama pendek, PTSL. well, naper saya ske ptsl UKM sbb:

1. saya tak suka library UM yang sejuk mcm peti ais, sempit and tak banyak plug nak sumbat battery lappy. So mmg nikmatla duduk PTSL ni walaupun kadang2 wireless macam *************. 



2. suka sistem pinjam buku sendiri dan pulang buku sendiri kat machine dia. ( Igt nombor 6 digit yang korang dapat kat fac nanti sbb kena key in nombor tu masa nak pinjam buku. if korang masih gigih bawak kertas yang tulis nombor korang tu, sure ada orang yang kat blkg tu gelak ) cehh takdela. tapi igtla nombor tu, senang, mudah dan cepat.

3. ada tempat study private. saya ske nyorok2 waktu study. boleh tido kalu dah tak larat.  tapi awas! ada kamera. ngahaha. jgn buat benda tak senonoh lak kat situ. astaghfirullah. :)



4. ada tempat study khas untuk group. yang tu kat tingkat 3. minimum masuk 4 olang. nak masuk kena bwk kat matriks. then hambekk kunci tu. tmpt smpai kul 5 jeh boleh diskus. then siap sedia kena halau. 



5. boleh renew buku thru website gemilang PTSL.
(pkukmweb.ukm.my/~library/ ). sebenarnya sekali pinjam buku sampai 2 minggu. nak lebih, renew jela. tp kalu buku popular, orang lain book, takleh renew dah. nasib la. owh yea, kalu nak past year pun ada. tp jgn letak harapan terlalu tinggi. especially, kalu amik subjek hubungan insan untuk U2. kertas soalan tu dated a fewwww yearrsss agooo. format lain, content pun lain. tipah tertipu dek non bila first time gi download. cehhh.


6. PTSL dekat dengan fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK). Haa, kan senang dekat2. Walaupun tingkat tinggi macam KLcici, tapi berbaloi baloi. Yang fac selain daripada fac FSSK, FSK dan FPI tu, mungkin jauh lah skit. Kesiann. Ish3. Apela nasib yea.

Itulah sebab2 utama kenapa PTSL dipilih sebagai tempat hotspot utk belajaq.


Ingat, kalau tak jumpa benda yang dicarik untuk buat assignment kat library, jangan panggil tempat tu PTSL. - Dr. Mustaffa Omar.

ape ek lagi yang best kat UKM ni. owh yeah, banyak event kat sini. rasanya kat uni lain pun banyak event tapi kalu korang gi kedai2 kat kajang tu, UKM la paling pemes buat event. Sbb slalu mintak sumbangan kat kedai2 ni. eheh.


Rasanya kalu boleh dorang nak jeh tulis kat depan kedai tu,selain daripada tanda SALESMAN DILARANG MASUK, ada tanda PELAJAR UKM DILARANG MASUK MINTAK SUMBANGAN.ahaha. takdela. tp dorang memang dah slalu dapat kunjungan daripada budak2 yang buat event kat UKM. diharapkan kedai2 kat kajang tu dapat bersabar dan terus memberi sumbangan yang ikhlas lagi beribu ribu kepada kamit. eheh. :) 

So kalu berkesempatan, datang la ramai2 kalu ada kolej2 buat rumah terbuka atau karnival. sebab slalunya ada mcam2 gerai & pertandingan. Bangga Kak Tom sebab pernah buat program Riadah warisan untuk karnival premier kolej pendeta za'ba. 

Banyak pengalaman dapat. daripada pengalaman marketing, telemarketing, perancangan, hadiah, sponsor, monser dan suma ting ting yang ada kat Malaysia ni. Walaupun banyak makian dan cacian daripada pihak2 yang menegur dan tidak berpuas hati, xpela. pengalaman. kte belajaq dan terus belajaq. kalu untung program tu, dapatla habuan duit sikit. eheh



cewahh, nak tunjuk skit program kita. eheh :)
---------------------------------------->>

Moreover, ada banyak pertandingan dan kelab kat UKM ni. bagi yang berhati waja dan bejiwa kentang, masuklah SUKSIS (sukarelawan polis) or masuk palapes. dapat duit lebih maahh. Tapi fizikal kena kuat la, banyak aktiviti luar dan kem. plus, dapat pakai baju polis setiap hari rabu. Personally for me, kalu perempuan pakai baju uniform polis, nampak segak gilerr bila datang kelas. kellassss gituuu. wa tabik springg sama lu. XD

Then ada jugak rakan muda, anak jati negeri dan banyak lagi. kelab kelab ni pun byk aktviti luar. UPSM pun banyak wat event. tp kena gi pusanika selalu sbb meeting dorang kat sana. so, kalu yang dok KPZ mcm den ni slalu pikir berkali kali gak. sbb takde transport kalu balik lewat. btw, jangan naik bas kul 11mlm. alkisahnya, ada orang nampak bas yang dibawak tu takde pemandu. jeng jeng jeng. 

Untuk sesiapa yang minat teater, ada Kelab Teater Rimba. Yang masuk ni diasah dengan bakat2 yang luarbiasa. banyak komitmen tapi berbaloi la kepada orang2 yang bercita cita utk jadi pelakon drama kat tv3 satu hari nanti.  Boleh bergandingan ngan Aaron Aziz uolllszzz. eheh. angan angan.
Dorang ada jugak buat pementasan kat luar. Kalu tak nak jadi pelakon pun tak hape, boleh jadi orang2 settings, props, costume, audio dan sebagainya. tp den pun kadang2 teringin nak masuk KTR ni. tapi takpela,saya ada komitmen lain. susah nak bagi komitmen pada benda yang lain2 pulak. kelab teater kolej pun jadilaa. best jugek sebenarnya. boleh masuk pertandingan teater lawan sama kolej yang lain :)


KELAB TEATER CITRA : Kolej pendeta za'ba KPZ menang 2nd place utk Pekan Teater Uni UKM. heeee :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...