Assalamu’alaikum
So harini saya nak cakap sedikit tentang post-post saya
dalam fb. Ada jugak kadang-kadang berkaitan dengan basics bacaan solat atau
perbuatan dalam solat.
So, persoalannya: kenapa saya ni sibuk bagitahu orang ramai pasal benda yang
rata-rata orang islam kat Malaysia dah tau?
Why Weellnutt? Why?!
Sebab kita mudah lupa. Lagi-lagi bacaan kita mudah berterabur. Lebih-lebih lagi laju. Lebih-lebih lagi salah
sebutan. Oh banyaknya lebih-lebih lagi.
Tahukah anda jika kita membaca al-fatihah dengan laju dan
bersambung tanpa menyambung ayat dengan betul adalah tidak sah? Yeszaa. Kalau
nak baca dengan bacaan biasa, hendaklah mengambil nafas dulu sebelum mulakan
setiap ayat.
Cakap macam hafizah je kan. No no, saya masih belajar dan
banyak lagi yang saya sendiri nak betulkan.
Dan kenapa saya asyik pentingkan solat above nasihat-nasihat
lain? Al-fatihah la, cara amik wudhu’ la. Orang dah tau la!
Sebab ape?
Sebab kita selalu amik ringan solat kita. Hah itu dia. Hey,
solat tu tempat meminta pertolongan dan mengagungkan Tuhan yang Esa. Bukan
untuk melepaskan tanggungjawab Fardhu sahaja bak kata ustaz Hasnan Kasan. Tapi tanya
diri kita, kita solat ni untuk apa?
Yes, selama ni den solat pun nak mintak ampun jugak, tapi
bila nak mintak ampun, bacaan solat pun tak paham. So, solat tu sebenarnya tempat nak
mintak ampun, atau kita hanya mintak ampun selepas solat?
Dan ruginya kita kalau tak tahu makna ayat-ayat yang dibaca,
sebab Allah menjawab kembali semua perkara yang kita ucapkan. Berkomunikasi yo dengan
pencipta Langit dan bumi. Hebat solat ni.
Dan sebab apa lagi saya selalu sibuk membicarakan pasal tata
tertib solat?
Sebab kita hari-hari mungkin tak terlepas daripada membuat
dosa. Sebab kebanyakan kita tak tutup aurat dengan betul, selalu melewatkan
solat, selalu buat kerja sia-sia yang tak membantu kita pun dalam kubur nanti,
etc. Dan perkara-perkara ni sebenarnya dosa yang kita selalu terlepas pandang. Termasuklah
den ni haa. Hari-hari kumpul dosa, bila
nya kita nak kumpul pahala?
Waktu solat eh?
Solat kita tu betul ke tak?
Haaa this is the fun bit.
Udah la kita buat dunno jeh dengan dosa-dosa ni, bila solat
pulak tunggang terbalik. Camno lah nak mintak ampun dengan dosa-dosa yang dah
buat ni.
Saya pun bukan pakar agama, bukan ustazah, bukan sempurna,
bukan alim ulama, masih belajar tentang dunia dan akhirat.
Tapi kita sama-sama
lah mengingatkan satu sama lain untuk menunaikan solat dengan cara yang betul.
Usaha tingkatkan sikit demi sikit hari demi hari.
Kalau solat kita tip top dan khusyuk, insya’allah Allah akan
sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus, jalan yang dikurniakan nikmat, bukannya jalan yang dimurkai
dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.
Wallahu’alam.
Nota kaki: Kalau ada tersilap tulis, tersalah bicara, mohon
perbetulkan kesalahan saya. Saya hanya budak baru belajaq.
On a hill top, on a sky rise,
Like a first born, child
At a full tilt, and at full flight
You see darkness, in the daylight.
0 comments:
Post a Comment