Friday 16 September 2011

Whatever Wheneverday #4 : Cerita baby dinosaur 1994


Dinosaurs (1991-1994)



Budak Cibot yang sangat disayangi family dinosaur dia dan disayangi jugak oleh budak budak Malaysia yang gila cartoon. 


Tengok tu, buncit dia. Geram kan tengok? :)


Dah la nakal, dia sorang jeh yang putih  lagi, family dia semua hijau. ish.


eee.. kaki tembam, mata bulat. Macam si Mail Lambung




Feveret mainan dia. menghempuk kepala orang dino yang lain


Masa kecik kecik dulu rasa worth it gila bila bangun pagi sabtu ada cartoon best.  Sekarang bila dah besar, kalau ada zombie outbreak kat luar pun dah tak pedulik.   eheh :)







So I'd like a quiet time please
Yeah, I'd like a quiet time.



Wednesday 7 September 2011

Something to ponder about


Taken from my al-quran translated version.

Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) kitab suci Al-quran.  Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat ‘Muhkamaat’ (yang tetap, tegas, dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat ayat muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat ‘Mutasyaabihaat’ ( yang samar-samar, tidak terang maksudnya). 

Oleh itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing masing) adapun orang orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke  arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya).

Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.  Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu ilmu agama, berkata: ‘ kami beriman kepadanya, semuanya itu datang dari sisi Tuhan kami’.  Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang orang yang berfikiran.

Surah A-Li IMRAAN

JUZ 3 ayat 7

(Mushaf Tajwid beserta terjemahan ke dalam bahasa melayu)


Careful where you stand, my Love.
Careful where you lay your head.

Things i’ve learned this week


Hello Sweeties. 

Here we go.
A list of 14 things that i've learned this week.


1.       Salmon is pronounced as saemon with silent l.

2.       My nephew’s birthday is on the 6 of September not the 7th

3.        Don’t kill a mockingbird

4.       Am sick of love stories

5.       Same goes to chick lit books.
  
6.       Besta MD856 costs more or less  an ipad.

7.       I don’t need an ipad.

8.       Samsung galaxy tab is compatible with  Microsoft  apps.  Whoa!

9.       When you love somebody, they will always be in your heart. True,but that doesn’t mean  you still love them.

10.   Wafel chocolate loacker sedap.

11.   Probability orang kaya yang bunuh diri lagi banyak daripada orang miskin.

12.   Patio is pronounced as patio not pashio like when you pronounce national.

13.   After 3 months, i just realised that I don’t know where my purse  is.

14.   The key to the treasure is the treasure itself.


Whatever Wheneverday #3



 Lipstick Maybelline kecik zaman 90an. Saiz jari kelinking. Comel jeh 



Next in Line & Kedai buku murah Amcorp Mall


The pic was taken about a week ago. Currently reading Stephen King's Full Dark,No Stars. Next in line: Along came a spider & The Talisman.


  Perasan tak buku Stephen King tu berbalut lagi? baru bukak tadi. eheh. Dibuka hanya selepas baca To Kill a Mockingbird. Sayang woo. Kena tunggu turn :)

Anyhoo, last week pergi popular bookstore, buku James Petterson tu, standard harga dia 30 ringgit lebih. Then, esoknya pergi  bookstore kat Amcorp Mall pulak, the same new book dijual dengan harga Half  of the Price! Woaaahh. Kebanyakan buku lain pun dijual dengan harga standard RM17.90. Gila ah. 


Kedai buku xcess Terbaik! ilebiu :)

Monday 22 August 2011

Whatever Wheneverday #2



Ingat tak benda ni? Rindu kan. Permainan mewah budak zaman 90an. I cant afford this thing, tapi ada jugak yang ciplak sangkak murah punya. Jadila.

Perasaan macam mana sayangnya seorang ibu kepada seorang anak, begitula jugak perasaan saya terhadap virtual pet yang selalu mati hidup balik ni.

Whatever Wheneverday #1




Hello bloggers, leprichauns and my lovely silent readers.


Rasanya kalau anda rajin meng-usha blog orang atau post siri wordless Wednesday, atau gigih membaca wikipedia, atau atau atau..mesti dah tau wordless Wednesday ni benda apa. 


WORDLESS WEDNESDAY sememangnya trend bloggers zaman sekarang. So, kalau ada antara bloggers yang tak tau atau tak pernah post siri Wordless Wednesday anda, tak tau la apa perkataan yang describe diri anda ni. Dahsyat sungguh. Uh-mazing!



Oh yea, ada.





Anda sungguh comel. 


Sebab Kak Tom pun tak pernah post benda ngarut ni. So, takpe. Kita serupa. 

Okay, kepada yang betul betul tak tau, trend Wordless Wednesday ini adalah dimana bloggers akan membuat entry blog yang hanya ada gambar pada setiap hari Wednesday. Tak ada explanation terhadap gambar tersebut. 


Kan ada pepatah mengatakan, a picture lies a thousand words. So, ala ala konsep gitula.


Bagus sebenarnya benda ni. Sebab para pembaca tak perlu membazir masa membaca blog. Lebih lebih lagi yang gemar menunjukkan secara jelas gambar penulis blog sedang makan nasi lemak atau minum air bubble di restaurant.

Letak gambar jeh. No explanation needed. We know its you. And that is obviously nasi lemak. 

Okay, disebabkan Kak Tom pun nak jadi blogger trendy Digi 2011 dan memenangi anugerah blog paling sikit followers, akak nak jugek post gambar gambar yang bermakna. 

So, dalam blog Kak Tom ni, korang akan jumpa Whatever Wheneverday instead of wordless Wednesday. 



Kenapa Whatever Wheneverday?


Okay, disebabkan Kak Tom akan post entry yang kadang kadang ada satu gambar bermakna sahaja atau kadang kadang ada satu gambar sangat bermakna dengan sedikit tulisan, so i called it whatever. Singkatan untuk whatever ways i want to post it.

Dan wheneverday , adalah singkatan untuk whenever i want to post it. Tak kira Monday,Tuesday, Wednesday atau Krismas.




Mesti ada antara Leprichauns di luar sana yang bertanya,

Ape beza antara post biasa Kak Tom dan Whatever Wheneverday?



Untuk post biasa, gambar gambar dia adalah based on the writing.
Manakala, untuk whatever wheneverday, writing dia adalah based on the picture. Kalau ada writing la.


Ada beza tu.


Ada.

So, here we go! My first Whatever Wheneverday post. 

     Dum Dee Dum Dee Dum.. 

                            
“I killed the president of Paraguay with a fork. How have you been?”

                                                         





Friday 19 August 2011

Some questions i’ve been thinking about


Hello lovely cuppycakes.

Adakah anda jenis yang suka berfikir benda benda pelik?

Contohnya benda pelik macam..

 Kenapa superman pakai seluar dalam kat luar eh?

Selalu memikirkan kewujudan benda yang tak masuk akal or kadang kadang masuk akal, tapi ramai yang tak peduli.   

Ciri-ciri golongan ini  :
1. mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi,
2. tak mudah berputus asa 
3. kiut 
4. tak senang puas hati. Selagi anda tidak mendapat jawapan yang anda berpuas hati , selagi itu anda mencari dan terus membiarkan soalan itu diselubungi misteri..

Jikalau anda memiliki ciri-ciri tersebut, maknanya,

Tahniah! Kita satu geng! Sep!! Yeah!

Kalau anda tidak termasuk dalam golongan ini, sila berhenti membaca disini. Kita putus.
Tak ada apa apa yang ingin dikongsi dengan anda. Tak ada.. taakan pernah ada..

Ololo. Jangan merajuk eh. Acah acah jeh.eheh.  Nanti cik cherry belanja eskrim eh. Senyum sikit.
 Ah, kan chumell. Okay, boleh masuk geng  kita balik.

Right, berbalik kepada memikirkan soalan soalan pelik . Yea. Yea. Saya tahu. Google kan ada. Soalan pelik macam mana pun,mesti dapat jawapan punya. 



Well, ada soalan yang saya dah google. Tapi, jawapan jawapan  di Yahoo! Answers tidak memberangsangkan. So, ada soalan yang saya biarkan dulu selagi belum ada jawapan yang lagi sesuai.

Di bawah ini adalah antara koleksi soalan peribadi Cik Cherry  yang masih tak terjawab dan ada telah terjawab sampai hari ini.

Soalan soalan cepuk emas.

Soalan 1 : Kenapa kita selalu sebut raKSAKSA/raSAKSA (gergasi) instead of ejaan yang sebetulnya iaitu rakSASA ? Kenapa kita tak sebut rakSASA? Yes, with SASA kat belakang.

Comel betul  rasaksa  raksasa ultraman kali ni. Macam  jagung pun ada.  

Tapi tula. Tak sedapla cakap rakSASA.  Sangat pelik. And the truth is, ramai orang konfius dengan ejaan raksaksa, sebab ejaan yang betul dan sebutan orang Malaysia lain.  



Soalan 2 : Apa maksud “huhu” sebenarnya?  Yeap, huhu yang orang selalu sebut kat mesej tu.

Kita dah balik kampong. Huhu..
Bosanlaa.Huhu..
Hai Jusoh Karim. Huhu..

What the heck is Huhu?

Sebenarnya. Soalan ini telah pun ada jawapan dia. Terima kasih kepada tuan guru google dan website urbandictionary. So antara maksud huhu dalam urbandictionary adalah:

huhu
1.     The way that small-minded idiots laugh. Always in writing, never in conversation. 



Soalan 3 : Okay, soalan yang ketiga ni sangat  sangat susah orang nak bagi jawapan kat saya. Well, senang jeh orang jawab. Tapi segala jawapan anda pasti saya tidak akan terima. Sebab benda yang berlaku ni sangat tak logik . Tapi ramai orang buat dunno jeh.  Whyyyyy korang buat dunnoo?  Anda telah ditipu! Tau tak, ditipu hidup hidup!..

So,soalannya:

Kenapa kasut kaca Cinderella  tak bertukar lepas jam 12 malam sedangkan fairy god mother dah pesan yang semua benda akan bertukar seperti sedia kala selepas jam 12 malam. KENAPA! KENAPA!  Yeap, saya tak puas hati.

Kasut special cinderella yang tak bertukar


Alrite, seperti yang kita tau, kuda bertukar balik jadi tikus. Cinderella pun tukar balik pakai baju sangkak murah dia.
But why kasut kaca tak bertukar?  Sampai prince simpan kasut tu buat kenangan.

Okay, antara jawapan yang telah diberikan kpd saya:

1.       Sebab director nak buat cerita dia macam tu.  ( What? Jawapan ni memang saya reject)

2.        Cerita katun (Cerita katun pun kena selarikan details)

3.       Sebab Cinderella tak pakai kasut sebelah tu. (Okay, yang ni saya nak  terima pada mulanya). Tapi, fairy god mother tak cakap pun kalau tak pakai benda tu, benda taakan bertukar. Well, kalau Cinderella tau barang barang mahal tu tak bertukar, mesti dia bukak barang kemas mahal tu, simpan jeh kat rumah, esok pergi gadai. Another thing, kereta kuda bertukar jugak jadi pumpkin bila Cinderella dah sampai rumah, keluar daripada kereta kuda/tak pakai  kereta tu.

See? Kita kena tipu.

Soalan 4: if vegetarians eat veges, then what do humanitarians eat? Eheh.



Okay, ini mengarut jeh.

Alrite then, itu jeh soalan yang saya ingat buat masa ni.  Kalau anda ada jawapan yang ingin dikongsikan, sila beri komen.  Mungkin saya akan menerima  jawapan bernas anda dan anda bakal memenangi RM1 juta hengget* (terms and condition apply). Oh yeah, kalau ada jugak soalan soalan yang nak dikongsikan, sila silalah kongsi.  

Selamat berkongsipacai. Toodles. 




Tuesday 16 August 2011

Kelar tangan sangat tak cool.


by francoise neily


 Why Kak tom post benda ni?

                     
To create awareness.


Sebab ada gadis gadis chumell practise self abuse seperti kelar tangan bila sedih. Termasuk kawan den sendiri. Hmm. Not good dan sangat menyedihkan. -_-


Kesian ek, golongan self abuse kat Malaysia selalu dicemuh sebagai takde otak, hilang otak, gila dan macam macam sebab suka sakitkan diri. The truth is, its more than that.



Yang sebenarnya, mereka ni bukan sakit otak atau otak mereka hilang dimakan zombie Kg. Pisang, tapi mereka sedang menghadapi trauma atau pengalaman buruk. Another thing, mereka buat ni bukan untuk meraih attention tetapi cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang terlalu sakit.


Yela,kalau dah bercinta janji sehidup semati sehingga ke awan nano nano, lap u poever, mestilah frust menonggeng bila break up kan. Bukan semua orang kuat dalaman dek non. Dan disebabkan itu, menjadikan sesetengah orang jadi over sedikit dalam menghadapi masalah berat.

1. Setiap mangsa, ada cerita. ( Ceh, macam citer khurafat)


                                    


Okay, kebanyakan kes kelar tangan ni bersifat unik. Unik bermakna setiap mangsa ada cerita or motivation untuk kelar tangan diorang. Bukan semua yang kelar tangan tu sebab chenta semata mata. Mungkin jugak campuran daripada masalah childhood, kurang support, rendah diri dan sebagainya. 

2. Siapa mangsa popular?


                              


Self abuse ni bukan aje dilakukan oleh orang orang yang tak femes yang bukan macam Kak Tom ni (3 followers tu sebenarnya adalah 3 juta ribu–optical illusion *). Tapi dilakukan oleh orang orang popular juga. 

Did you know, the late Princess Diana juga suffer daripada benda ni. Beliau pernah mengaku dalam sebuah interview dengan mengatakan dia pernah kelar tangan & kakinya. Selain itu, beliau juga gemar mengolekkan dirinya di tangga. Something yang kita tak expect kan daripada seorang princess yang disayangi ramai. 

3. Understand them.

                               


Daripada mencemuh mereka ni gila, baik memahami masalah dan menolong mereka. Sebenarnya, Kak Tom rasa perasaan tentang diri sendiri tak berguna ni normal bila seorang perempuan tu sangat sangat terluka atau trauma. Sebab kadang kadang dia rasa sakit hati dia lagi jauh pedih daripada kesakitan kesakitan fizikal yang lain. 

Macam pernah seorang ni bagitau, 

Saya rasa neraka pun tak seteruk pedih yang saya rasa sekarang ni.


Oleh itu, mereka juga memerlukan something untuk distract themselves from emotional pain. Well, u cannot blame this people for feeling this way. Bukan diorang mintak relationship yang teruk or masalah keluarga or masalah dalaman. Tiba tiba kena tanggung semua pressure ni. Bukan senang nak kawal emosi kan. 
Aik, orang kuat makan boleh, orang kuat emosi tak boleh? eheh. Well, obsesi selalunya merosakkan.

4. Come out, please..

                        



So, if u think u are facing the same problem, try and get some help from others. Its time to acknowledge the problem and stop the habit. Come out of the closet. Also, if you think that you are out of control, seek for a doctor. They might have the right treatment to cure you. 

You know you deserve better. We all do. 


Anyways, Kak tom rasa tak perlulah nak explain pasal keburukan kelar tangan, dosa dan boom boom boom. If u think people don’t love you, at least Love thyself, thats all. 


Lagi satu, ada jugak keluar surat khabar pasal kes pasangan kelar tangan untuk tinggalkan parut sebab nak membuktikan chenta sayang . Kira macam tattoo Do It Yourself la. Tapi lagi sangkak murah. Itu memang mengader jeh. Nak sangat buktikan kasih dan sayang, belikanlah awek Ferrari sebijik. Kata sayang sampai sanggup meredah lautan api. Mintak kereta sebijik takut pulak.


Kelar kelar tangan ape kelasss. Sangkak Murah.



                                   
Kalau breast cancer campaign, ribbon kaler pink. Self abuse awareness lak, ribbon dia kaler orange. Untuk mengalakkan mangsa untuk bercerita masalah dan membantu mereka menghadapinya. : )


Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh tanya dengan incik google atau terus loncat ke ----->  
Love yourself more everyday :)




'You do it to yourself, you do
and that's what really hurts
Is that you do it to yourself
Just you, you and no-one else'




Friday 5 August 2011

BAYI DIKEHENDAKI



Bayi ini disyaki telah melakukan jenayah juvana di bawah seksyen 3a/b atas jenayah mencuri hati kak tom sehingga membuatkan mak ciknya tidak tidur lena 


Motif sebenar suspek masih lagi belum diketahui.


Jika anda menjumpai bayi ini sila gigit hidungnya dan cubit pipinya.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan majulah sukan untuk negara.


Mekacih.


GAMBAR GAMBAR SUSPEK




Gambar suspek sedang tidur bersama seorang lagi rakan jenayah







Gambar suspek sedang mengamuk di tempat awam




AMARAN : Jangan mudah terpedaya dengan jelingan manja.




NOTA : Suspek juga lebih dikenali dengan nama samaran Mail Lambung.

Tuesday 2 August 2011

Jom have fun dengan Google



Hey ladies and gents.


Today we're going to have a lil' bit of fun with the most popular search engine in the universe, encik Google. :)


Alrite. Biasa nampak kan google search home macam pic kat bawah ni?





Okay,yang second pic tu  pulak?


Disebabkan google.com akan diwarisi oleh Cik Cherry, next time bila korang pergi google.com, logo macam kat atas ni akan keluar. ahaha. Sukaaa tak? suka kannn.. :)


Eheh. Takdela. Logo GOOGLE tu sebenarnya boleh ganti dengan apa-apa nama/perkataan sekalipun. Nak tulis nama sendiri pun boleh, nama jusoh karim pun boleh, nama cik cherry pun boleh. Takde masalah.


Boleh create your own google style logo kat website http://goglogo.com.


So, there you go. Your own google search page. Fuuu-yoh! :)




Now, let's have fun dengan button i'm feeling lucky kat bawah search engine  google.com.


Setahu cik cherry la, kegunaan i'm feeling lucky button ni adalah untuk pergi ke website yang dikehendaki tanpa pergi ke search page result. Dia akan pergi terus kepada website yang berada first dalam google search result. So, tak payah membazir 0.10 saat-0.15 saat masa hidup anda.


Okay, sebenarnya banyak benda interesting yang boleh kita buat dengan i'm feeling lucky button ni.


1. Contohnya, nak jadikan google page anda semakin mengembang, boleh try cara bawah ni.


1. Type Google epic
2. tekan i'm feeling lucky button.
3. Tadaaaa!


2. Untuk google effect yang lain boleh tengok contoh macam kat video bawah ni.



Ada banyak google tricks selain google epic. Antaranya,  Google gravity, google weenie, google hacker dan macam macam lagi, 

Type perkataan  colour purple ( yang ditunjukkan kat video) kat search tab google then tekan im feeling lucky. Easy peasyy. :)

Lagi satu, cer type who's the cutest . eheh



Have it a try, toodles :)



Friday 29 July 2011

The Haramm! Police

Assalamualaikum

Hello Hello.



Maybe im not the best person to post this, but this is a good reminder for me and all of us.

Satu langkah baru untuk menjadi 'a better muslim' daripada semalam.

Do watch this. Its funny and the content is good. :)



KRISSSPPYYY TREATTT??!!! ahaha. Cracks me up everytime :)

And this one :)




Monday 25 July 2011

Nothing is impossible for Malaysian drivers

EXPECT THE UNEXPECTED. 

Yeah, sebab pemandu Malaysia boleh jadikan sesuatu yang impossible, possible. Pandu cermat kat jalan raya pun ,jiwa masih rasa tak selamat. Sebab u will never know bila kereta gila nak crash ur car daripada blkg, depan, kanan, kiri atau jatuh tetiba dari langit.

Macam ada skali tu, sampai 2 kren kena angkat kereta2 yang terlibat dalam accident. i dont think so yang semua pemandu2 dalam accident tu clumsy. mesti koje beberapa pemandu kereta  jeh. yang lain suma mangsa keadaan. Bila melibatkan nyawa ni, isu dah jadi sgt sensitif.

Dua hari lepas, alkisahnya, kereta kakak  tgh park perfectly dalam parking box depan kedai. Not disturbing anybody or any other cars.  Then tetiba BOOOMMM NGREEKKKK.. satu lagi kereta Hyundai gi crash kereta tu sampai naik bahagian depan kereta. Then, kereta Hyundai tu naik sampai kat lantai depan kedai tu. nasib jeh takde olang duduk depan kedai. Mau maut tak pasal2.


Yela, sape nak expect depan kedai yang jauh dari jalan raya boleh gak kena accident. Berkecai part depan tayar kiri tu. Remuknya kereta tu sama mcm remuk jiwa & raga kakak den tgok kereta baru dia kena tibai. Aiseh man. Cerita mcm mana yang the lady tu boleh langgar kereta kakak, lebih kurang begini :

The lady mungkin nak park kereta sblh kereta kakak, then masa nak pusing masuk parking, instead of tekan BREK, dia tertekan MINYAK. Then vrooommm terus langgar kereta kesayangan akakku. 


Bukan gambar sebenar tp lebih kurang gini la position sebelum nak kena langgar. Aihh.


I think benda ni sometimes kte pun unexpected. Benda nak jadi, so jadila. Tak kisah la lady driver ke tak.
Tp rasanya betul orang2 yang dalam parlimen tu ckp yang lady driver ni clumsy. Den pun kadang2 clumsy juge.eheh

Memang bukan semua la kan, tp  kebanyakan. 

So, pengajaran utk rakyat 1Malaysia, dont panic bawak kereta. Be careful bila tekan brek dgn minyak. Rileks sudah.. 


True, The hand that rocks the cradle rules the world. But remember, they can also crash ur car. Eheh





Nope, u cant run from Chuck Norris XD





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...