Hello hellos,
Kelas En. Azmi adalah antara kelas yang bukan saja bercerita pasal hal-hal yang berkaitan dengan lecture, tapi kebanyakannya berkaitan dengan diri kita sendiri.
Tapi the most important thing is, perkara-perkara yang dia pesan selalunya memang untuk dijadikan bekalan hidup bukan untuk bekalan 1 semester sahaja. Itu yang best tu. Pesanan dia selalu buat kita rasa yang hidup kita ni adalah untuk Tuhan dan perlu sentiasa down to earth bila kita buat sesuatu.
So, ini dia some of his thoughts yang saya ingin kongsikan bersama anda :)
1. Hidup ni singkat sangat nak buat maksiat, Takde masa pun nak buat kerja sia-sia. Tak perlu buat kerja sia-sia yang tak dapat tolong pun kita masa kat kubur nanti.
2. Orang yang kuat adalah orang yang waktu sihat pun dia kuat, masa sakit pun dia tetap kuat. Dia tetap berusaha untuk jadi kuat walaupun dalam keadaan yang lemah.
3. Kita kena selalu kena cari ilmu yang benar bukan ilmu yang sesat.
4. Cari ilmu, bukan cari informasi.
5. Jangan sesekali mengharapkan balasan bila kita dah beri sesuatu kepada orang lain. Tak perlu harapkan balasan. Kita beri, itu niat kita. Contohnya, bila kita buat sesuatu, tak perlu harapkan balasan terima kasih.
6. Jangan harapkan yang terbaik daripada orang lain, tapi yang penting kita mesti selalu beri yang terbaik kepada orang lain.
7. Jangan kejar pengaruh, kuasa, harta. Semua tu untuk dipijak, bukan dijunjung. Barulah kita boleh berlapang dada dan ikhlas untuk buat sesuatu kerja.
8. Kalau rasa nak marah, cepat-cepat istighfar
9. Sentiasa senyum bila mengadap ilmu.
10. Bila kita menang sesuatu, tak semestinya kita benar. Dan bila kita kalah, tak semestinya kita salah.
11. Bila ada konflik, kita minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Takde salahnya kalau kita minta maaf, tak rugi apa-apa.
12. Orang Islam pastinya adalah orang yang rajin, Tapi orang Melayu tak semestinya.
13. Sentiasa menangkan kebaikan. Jangan biarkan kejahatan dalam diri kita menang,
14. Kita tak boleh kawal external environment. Tapi kita boleh kawal diri kita.
15. Kalau kita sebok memperbaiki diri sendiri, mesti kita tak sempat nak bercerita pasal orang lain.
16. Tak perlu nak urus masa, tapi guna masa,
17. Titian sirat sangat nipis. Nak lalu mesti kita kena berhati-hati. Itu sebabnya di dunia kita pun kena banyak berhati-hati. Banyak istighfar dan bertaubat.
You said i'm gonna buy this place and see it go
And stand here beside me baby, watch the orange glow
Some'll laugh and some just sit and cry
But you just sit down there and you wonder why
0 comments:
Post a Comment