Sunday, 24 July 2011

Isteri isteri kat Malaysia ni cikcur? Aish



Title nak propaaaa aja. eheh. Takdela, entry ni bukan nak cakap pasal isteri-isteri kat Malaysia ni dah ada profession dan hobi dalam bidang pelacuran . Amboihh .eheh. bukan bukan..
Tp nak kasi pendapat sikit pasal Obedient Wives Club (OWC) yang semakin diuar uarkan kat masyarakat 1Malaysia ni.

Setakat yang saya baca, kelab ni menggalakkan isteri2 untuk taat dengan kehendak suami. Bukan setakat menjaga makan dan minum, tapi kelab ni tekankan nafkah batin isteri kepada suaminya

Setelah saya berblog walking, banyak pendapat yang tak setuju psl kelab ni. Mungkin salah satu sebab pengunaan perkataan PELACUR kelas pertama tu tak sesuai bagi seorang isteri dan tak mengangkat martabat isteri sebagai seorang yang dimuliakan. Mungkin perkataan tu agak taboo bagi orang orang Asia mcm kita ni kan.

Lagi satu, ada pendapat yang mengatakan kelab ni dikatakan terlalu menekankan kepentingan nafkah batin seorang isteri kepada suaminya dan menganggap bahawa suami dan isteri memang dah taknak pikir lain dah. asik pikir seks aje memanjang. padahal banyak lagi kriteria isteri lain yang diperlukan bagi seorang suami sebagai pelengkap kepada kehidupannya seperti sifat memahami, bertanggungjawab dan sebagainya.

Okay, bagi saya idea yang nak diketengahkan oleh kelab ni ada pro and cons.
Well, saya tak nampak pulak kelab ni menentang karakter2 isteri lain yang diperlukan oleh seorang suami. Cuma itulah, pendekatan dia tak holistik. dia mengutamakan nafkah batin. So, some people akan pikir yang kelab ni mengajurkan seorang isteri tu utk jadi seorang hamba seks kepada suaminya. So kalu nak jadi tukang masak or tukang dengar masalah  suma memang fail. ahaha.

Dan mungkin org igt kelab ni terlalu menekankan tanggungjawab isteri sahaja. Itu yang banyak orang complain. Mungkin OWC banyak mendapati masalah2 perpecahan suami isteri adalah disebabkan hubungan pasangan di bilik tidur. Secara realitinya, saya rasa banyak juga masalah ni yang berlaku. Kadang2 isteri kat Malaysia ni ada yang pemalu. duduk dalam bilik dengan suami pun pakai baju kelawar jeh. muka tepek bedak sejuk setiap malam.. hambar..

Gambar hiasan : entah kedai lingerine arab yang mana satu. eheh
Pernah keluar berita  pasal kedai baju2 malam perempuan yang baru bukak kat Arab. Dan daripada penjualan baju tu, banyak2 kes hubungan suami isteri yang pulih. so, walaupun benda ni nampak kecik, tp it does have some effect kat sesetengah orang.

Mungkin tak dapat menyelesaikan masalah semua hubungan suami isteri kat arab tu, tp at least dapatla tolong mengurangkan kes2 penceraian dan tolong isteri2 utk melaram depan suami. tak gituu.


Mungkin kelab ni tak holistik, tp sebenarnya ada jugak idea2 dia yang nak menolong isteri2 kat Malaysia ni. Macam pengunaan perkataan pelacur tu kan. memang la mcm ganas semacam jeh. tp for me its true. Ada orang complain kata tukar perkataan pelacur kepada yang lebih appropriate mcm bidadari bila nak melayan suami.

Tp bagi saya, manusia ni perlukan satu image yang praktikal. Kalu kita pikir bidadari sebagai contoh. ape yang kita slalu imagine? mcm kabur2 jeh. Sebab kte tak pernah nampak bidadari secara live. Then kte pun tak tau apa sbnrnya aktiviti seorang bidadari sampai boleh memuaskan nafsu seorang lelaki. ahaha.  Bila kte imagine diri kte mcm pelacur ( bukan jadi perangai pelacur 24 jam eh), cuma aktiviti yang dilakukan utk memuaskan lelaki, kte mungkin akan nampak benda yang lebih praktikal mcm striptease, lap dance dan sebagainya. Mungkin itula kut idea yang nak disampaikan, tetapi mungkin tersekat kat mana2, then tak sampai kepada masyarakat.


Saya tak cakap la benda ni yang kte kena tekankan dalam hubungan suami isteri, tp mungkin ni adalah salah satu elemen yang penting dan boleh memanjangkan jodoh atau ikatan sesebuah perkahwinan. Of course, sifat2 isteri yang solehah, bertanggungjawab, bijak dan sebagainya jugak perlu diutamakan. Yang penting kte cuba sedaya upaya utk jadi balance sebagai seorang muslimah.  tak kurang juga kepada si suami atau bakal suami, anda juga perlu menyayangi dan melindungi isteri anda. Bukan menjadi diktator tp menjadi pemegang amanah atas nikmat Allah yang diberi iaitu seorang isteri.

Kepada muslimah, apapun kte berpegang balik kepada ajaran alquran dan sunnah. Taat kepada suami dan kehendaknya asalkan tidak taat kepada perintah suami yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah. dalam masa yang sama jadilah juga pelengkap suami agar dapat bersamanya dalam keadaan susah dan senang dan bukannya untuk waktu tidur shj. Jadilah muslimah solehah yang bijak. Amin :)


p/s: Teringin jugak nak tau kandungan 6 lessons yang diajar oleh OWC utk melayan suami dengan baik. Mana tau ada rahsia2 cikcur yg kte tak tau sblm ni.ahaha. :)






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...