Sunday, 24 July 2011

Best ke UKM?




Untuk yang bakal masuk first year, mesti slalu google kan pasal UKM sambil usha2 kolej yang korang akan dapat. Saya pun dolu2 macam tu jugak. Takut la kan mana tau UKM ni jauh dari standard high class.aish. Masa first time dapat surat tawaran tu, bila  tengok plan fakulti suma. Nampak besau bebenor campus dia. Biasalah, bila dipikir nak berjalan 4KM  dari satu tempat ke satu tempat ni kak tom memang lemah skit. Jalan  bermeter pun dah pancit. Seriau rasa bila dengar kawasan UKM ni besar nak berjalan. So, cmne campus map dia? meh klik sini http://www.ukm.my/pps/pps/campus_map.htm.

Bila tenung lama2 campus map tu, baru perasan yang fakulti dengan kolej tu mcm Malaysia dengan Africa. Jauh nar aih. Part tu memang buat naik darah,kolestrol dan ostrogen. Kalu lambat bangun macam mana dek non? haaa. soklan ni soklan cepuk emas. Bila tanya kakak, ni jawapan bernas dia.

Carilah pakwe senior sorang yang ada kereta. Kan senang, mudah dan cepat.


Tapi dah nasib, terima jela. nak mengader2 pun wat ape, bersyukur la dapat masuk UKM ni daripada tak ada kan. Tapi sebenarnya, bas kiffah disediakan. So, korang janganlah berasa geli ulu hati bila dapat tau kolej jauh atas bukit. Tengok kak tom ni, relaks jeh. Cool. maintain ayu sampei skrg.


Okayla disenangkan crite, UKM ni not to bad. Hal kicik2 mcm tu jgnlah risau sgt. takde hal punya.


So, kalu orang tanya apa yang best pasal UKM ni, first thing yang terlintas dalam otak saya ni, is the Library.



Yeahhh, nerddyyhh. tp nak wat cmne, saya budak sastera, mana lagi nak rujuk bahan assignment kalu  tak di library. Tapi kalu tanya budak Sains or budak Ekonomi yang first year, mungkin dorang ckp jarang pergi, di sebabkan subjek dorang mungkin banyak perah otak daripada copy and paste buku mcam budak sastera nih. Tapi kat library tu banyak buku english, melilau la mata membaca dan memaham content buku2 falsafah sastera tu. Hingat senang jadi budak sastera.Cehhh ..Senang tau.


Anyhoo, sebenarnya ada jugak tempat lain kat UKM yang saya jakun jugaks. tapi dah yang library ni yang slalu kena pergi, so library ni jugak la yang terlekat di hari. Okayyhh. berbalik kepada tempat paling best dalam Malaysia nih, nama penuh Perpustakaan Tun Seri Lanang. nama pendek, PTSL. well, naper saya ske ptsl UKM sbb:

1. saya tak suka library UM yang sejuk mcm peti ais, sempit and tak banyak plug nak sumbat battery lappy. So mmg nikmatla duduk PTSL ni walaupun kadang2 wireless macam *************. 



2. suka sistem pinjam buku sendiri dan pulang buku sendiri kat machine dia. ( Igt nombor 6 digit yang korang dapat kat fac nanti sbb kena key in nombor tu masa nak pinjam buku. if korang masih gigih bawak kertas yang tulis nombor korang tu, sure ada orang yang kat blkg tu gelak ) cehh takdela. tapi igtla nombor tu, senang, mudah dan cepat.

3. ada tempat study private. saya ske nyorok2 waktu study. boleh tido kalu dah tak larat.  tapi awas! ada kamera. ngahaha. jgn buat benda tak senonoh lak kat situ. astaghfirullah. :)



4. ada tempat study khas untuk group. yang tu kat tingkat 3. minimum masuk 4 olang. nak masuk kena bwk kat matriks. then hambekk kunci tu. tmpt smpai kul 5 jeh boleh diskus. then siap sedia kena halau. 



5. boleh renew buku thru website gemilang PTSL.
(pkukmweb.ukm.my/~library/ ). sebenarnya sekali pinjam buku sampai 2 minggu. nak lebih, renew jela. tp kalu buku popular, orang lain book, takleh renew dah. nasib la. owh yea, kalu nak past year pun ada. tp jgn letak harapan terlalu tinggi. especially, kalu amik subjek hubungan insan untuk U2. kertas soalan tu dated a fewwww yearrsss agooo. format lain, content pun lain. tipah tertipu dek non bila first time gi download. cehhh.


6. PTSL dekat dengan fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK). Haa, kan senang dekat2. Walaupun tingkat tinggi macam KLcici, tapi berbaloi baloi. Yang fac selain daripada fac FSSK, FSK dan FPI tu, mungkin jauh lah skit. Kesiann. Ish3. Apela nasib yea.

Itulah sebab2 utama kenapa PTSL dipilih sebagai tempat hotspot utk belajaq.


Ingat, kalau tak jumpa benda yang dicarik untuk buat assignment kat library, jangan panggil tempat tu PTSL. - Dr. Mustaffa Omar.

ape ek lagi yang best kat UKM ni. owh yeah, banyak event kat sini. rasanya kat uni lain pun banyak event tapi kalu korang gi kedai2 kat kajang tu, UKM la paling pemes buat event. Sbb slalu mintak sumbangan kat kedai2 ni. eheh.


Rasanya kalu boleh dorang nak jeh tulis kat depan kedai tu,selain daripada tanda SALESMAN DILARANG MASUK, ada tanda PELAJAR UKM DILARANG MASUK MINTAK SUMBANGAN.ahaha. takdela. tp dorang memang dah slalu dapat kunjungan daripada budak2 yang buat event kat UKM. diharapkan kedai2 kat kajang tu dapat bersabar dan terus memberi sumbangan yang ikhlas lagi beribu ribu kepada kamit. eheh. :) 

So kalu berkesempatan, datang la ramai2 kalu ada kolej2 buat rumah terbuka atau karnival. sebab slalunya ada mcam2 gerai & pertandingan. Bangga Kak Tom sebab pernah buat program Riadah warisan untuk karnival premier kolej pendeta za'ba. 

Banyak pengalaman dapat. daripada pengalaman marketing, telemarketing, perancangan, hadiah, sponsor, monser dan suma ting ting yang ada kat Malaysia ni. Walaupun banyak makian dan cacian daripada pihak2 yang menegur dan tidak berpuas hati, xpela. pengalaman. kte belajaq dan terus belajaq. kalu untung program tu, dapatla habuan duit sikit. eheh



cewahh, nak tunjuk skit program kita. eheh :)
---------------------------------------->>

Moreover, ada banyak pertandingan dan kelab kat UKM ni. bagi yang berhati waja dan bejiwa kentang, masuklah SUKSIS (sukarelawan polis) or masuk palapes. dapat duit lebih maahh. Tapi fizikal kena kuat la, banyak aktiviti luar dan kem. plus, dapat pakai baju polis setiap hari rabu. Personally for me, kalu perempuan pakai baju uniform polis, nampak segak gilerr bila datang kelas. kellassss gituuu. wa tabik springg sama lu. XD

Then ada jugak rakan muda, anak jati negeri dan banyak lagi. kelab kelab ni pun byk aktviti luar. UPSM pun banyak wat event. tp kena gi pusanika selalu sbb meeting dorang kat sana. so, kalu yang dok KPZ mcm den ni slalu pikir berkali kali gak. sbb takde transport kalu balik lewat. btw, jangan naik bas kul 11mlm. alkisahnya, ada orang nampak bas yang dibawak tu takde pemandu. jeng jeng jeng. 

Untuk sesiapa yang minat teater, ada Kelab Teater Rimba. Yang masuk ni diasah dengan bakat2 yang luarbiasa. banyak komitmen tapi berbaloi la kepada orang2 yang bercita cita utk jadi pelakon drama kat tv3 satu hari nanti.  Boleh bergandingan ngan Aaron Aziz uolllszzz. eheh. angan angan.
Dorang ada jugak buat pementasan kat luar. Kalu tak nak jadi pelakon pun tak hape, boleh jadi orang2 settings, props, costume, audio dan sebagainya. tp den pun kadang2 teringin nak masuk KTR ni. tapi takpela,saya ada komitmen lain. susah nak bagi komitmen pada benda yang lain2 pulak. kelab teater kolej pun jadilaa. best jugek sebenarnya. boleh masuk pertandingan teater lawan sama kolej yang lain :)


KELAB TEATER CITRA : Kolej pendeta za'ba KPZ menang 2nd place utk Pekan Teater Uni UKM. heeee :) 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...