Ingat tak benda ni? Rindu kan. Permainan mewah budak zaman 90an. I cant afford this thing, tapi ada jugak yang ciplak sangkak murah punya. Jadila.
Monday, 22 August 2011
Whatever Wheneverday #2
Whatever Wheneverday #1
Hello bloggers, leprichauns and my lovely silent readers.
Rasanya kalau anda rajin meng-usha blog orang atau post siri wordless Wednesday, atau gigih membaca wikipedia, atau atau atau..mesti dah tau wordless Wednesday ni benda apa.
WORDLESS WEDNESDAY sememangnya trend bloggers zaman sekarang. So, kalau ada antara bloggers yang tak tau atau tak pernah post siri Wordless Wednesday anda, tak tau la apa perkataan yang describe diri anda ni. Dahsyat sungguh. Uh-mazing!
Oh yea, ada.
Anda sungguh comel.
Sebab Kak Tom pun tak pernah post benda ngarut ni. So, takpe. Kita serupa.
Okay, kepada yang betul betul tak tau, trend Wordless Wednesday ini adalah dimana bloggers akan membuat entry blog yang hanya ada gambar pada setiap hari Wednesday. Tak ada explanation terhadap gambar tersebut.
Kan ada pepatah mengatakan, a picture lies a thousand words. So, ala ala konsep gitula.
Dan wheneverday , adalah singkatan untuk whenever i want to post it. Tak kira Monday,Tuesday, Wednesday atau Krismas.
Bagus sebenarnya benda ni. Sebab para pembaca tak perlu membazir masa membaca blog. Lebih lebih lagi yang gemar menunjukkan secara jelas gambar penulis blog sedang makan nasi lemak atau minum air bubble di restaurant.
Letak gambar jeh. No explanation needed. We know its you. And that is obviously nasi lemak.
Okay, disebabkan Kak Tom pun nak jadi blogger trendy Digi 2011 dan memenangi anugerah blog paling sikit followers, akak nak jugek post gambar gambar yang bermakna.
So, dalam blog Kak Tom ni, korang akan jumpa Whatever Wheneverday instead of wordless Wednesday.
Kenapa Whatever Wheneverday?
Okay, disebabkan Kak Tom akan post entry yang kadang kadang ada satu gambar bermakna sahaja atau kadang kadang ada satu gambar sangat bermakna dengan sedikit tulisan, so i called it whatever. Singkatan untuk whatever ways i want to post it.
Mesti ada antara Leprichauns di luar sana yang bertanya,
Ape beza antara post biasa Kak Tom dan Whatever Wheneverday?
Untuk post biasa, gambar gambar dia adalah based on the writing.
Manakala, untuk whatever wheneverday, writing dia adalah based on the picture. Kalau ada writing la.
Ada beza tu.
Ada.
So, here we go! My first Whatever Wheneverday post.
Friday, 19 August 2011
Some questions i’ve been thinking about
Hello lovely cuppycakes.
Adakah anda jenis yang suka berfikir benda benda pelik?
Contohnya benda pelik macam..
Kenapa superman pakai seluar dalam kat luar eh?
Selalu memikirkan kewujudan benda yang tak masuk akal or kadang kadang masuk akal, tapi ramai yang tak peduli.
Ciri-ciri golongan ini :
1. mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi,
2. tak mudah berputus asa
3. kiut
4. tak senang puas hati. Selagi anda tidak mendapat jawapan yang anda berpuas hati , selagi itu anda mencari dan terus membiarkan soalan itu diselubungi misteri..
Jikalau anda memiliki ciri-ciri tersebut, maknanya,
Tahniah! Kita satu geng! Sep!! Yeah!
Kalau anda tidak termasuk dalam golongan ini, sila berhenti membaca disini. Kita putus.
Tak ada apa apa yang ingin dikongsi dengan anda. Tak ada.. taakan pernah ada..
Ololo. Jangan merajuk eh. Acah acah jeh.eheh. Nanti cik cherry belanja eskrim eh. Senyum sikit.
Ah, kan chumell. Okay, boleh masuk geng kita balik.
Right, berbalik kepada memikirkan soalan soalan pelik . Yea. Yea. Saya tahu. Google kan ada. Soalan pelik macam mana pun,mesti dapat jawapan punya.
Well, ada soalan yang saya dah google. Tapi, jawapan jawapan di Yahoo! Answers tidak memberangsangkan. So, ada soalan yang saya biarkan dulu selagi belum ada jawapan yang lagi sesuai.
Di bawah ini adalah antara koleksi soalan peribadi Cik Cherry yang masih tak terjawab dan ada telah terjawab sampai hari ini.
Soalan soalan cepuk emas.
Soalan 1 : Kenapa kita selalu sebut raKSAKSA/raSAKSA (gergasi) instead of ejaan yang sebetulnya iaitu rakSASA ? Kenapa kita tak sebut rakSASA? Yes, with SASA kat belakang.
Comel betul |
Tapi tula. Tak sedapla cakap rakSASA. Sangat pelik. And the truth is, ramai orang konfius dengan ejaan raksaksa, sebab ejaan yang betul dan sebutan orang Malaysia lain.
Soalan 2 : Apa maksud “huhu” sebenarnya? Yeap, huhu yang orang selalu sebut kat mesej tu.
Kita dah balik kampong. Huhu..
Bosanlaa.Huhu..
Hai Jusoh Karim. Huhu..
Hai Jusoh Karim. Huhu..
What the heck is Huhu?
Sebenarnya. Soalan ini telah pun ada jawapan dia. Terima kasih kepada tuan guru google dan website urbandictionary. So antara maksud huhu dalam urbandictionary adalah:
huhu | |
1. The way that small-minded idiots laugh. Always in writing, never in conversation. |
Soalan 3 : Okay, soalan yang ketiga ni sangat sangat susah orang nak bagi jawapan kat saya. Well, senang jeh orang jawab. Tapi segala jawapan anda pasti saya tidak akan terima. Sebab benda yang berlaku ni sangat tak logik . Tapi ramai orang buat dunno jeh. Whyyyyy korang buat dunnoo? Anda telah ditipu! Tau tak, ditipu hidup hidup!..
So,soalannya:
Kenapa kasut kaca Cinderella tak bertukar lepas jam 12 malam sedangkan fairy god mother dah pesan yang semua benda akan bertukar seperti sedia kala selepas jam 12 malam. KENAPA! KENAPA! Yeap, saya tak puas hati.
Kasut special cinderella yang tak bertukar |
Alrite, seperti yang kita tau, kuda bertukar balik jadi tikus. Cinderella pun tukar balik pakai baju sangkak murah dia.
But why kasut kaca tak bertukar? Sampai prince simpan kasut tu buat kenangan.
Okay, antara jawapan yang telah diberikan kpd saya:
1. Sebab director nak buat cerita dia macam tu. ( What? Jawapan ni memang saya reject)
2. Cerita katun (Cerita katun pun kena selarikan details)
3. Sebab Cinderella tak pakai kasut sebelah tu. (Okay, yang ni saya nak terima pada mulanya). Tapi, fairy god mother tak cakap pun kalau tak pakai benda tu, benda taakan bertukar. Well, kalau Cinderella tau barang barang mahal tu tak bertukar, mesti dia bukak barang kemas mahal tu, simpan jeh kat rumah, esok pergi gadai. Another thing, kereta kuda bertukar jugak jadi pumpkin bila Cinderella dah sampai rumah, keluar daripada kereta kuda/tak pakai kereta tu.
See? Kita kena tipu.
Soalan 4: if vegetarians eat veges, then what do humanitarians eat? Eheh.
Okay, ini mengarut jeh.
Alrite then, itu jeh soalan yang saya ingat buat masa ni. Kalau anda ada jawapan yang ingin dikongsikan, sila beri komen. Mungkin saya akan menerima jawapan bernas anda dan anda bakal memenangi RM1 juta hengget* (terms and condition apply). Oh yeah, kalau ada jugak soalan soalan yang nak dikongsikan, sila silalah kongsi.
Selamat berkongsipacai. Toodles.
Tuesday, 16 August 2011
Kelar tangan sangat tak cool.
Why Kak tom post benda ni?
To create awareness.
Sebab ada gadis gadis chumell practise self abuse seperti kelar tangan bila sedih. Termasuk kawan den sendiri. Hmm. Not good dan sangat menyedihkan. -_-
Kesian ek, golongan self abuse kat Malaysia selalu dicemuh sebagai takde otak, hilang otak, gila dan macam macam sebab suka sakitkan diri. The truth is, its more than that.
Yang sebenarnya, mereka ni bukan sakit otak atau otak mereka hilang dimakan zombie Kg. Pisang, tapi mereka sedang menghadapi trauma atau pengalaman buruk. Another thing, mereka buat ni bukan untuk meraih attention tetapi cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang terlalu sakit.
Yela,kalau dah bercinta janji sehidup semati sehingga ke awan nano nano, lap u poever, mestilah frust menonggeng bila break up kan. Bukan semua orang kuat dalaman dek non. Dan disebabkan itu, menjadikan sesetengah orang jadi over sedikit dalam menghadapi masalah berat.
1. Setiap mangsa, ada cerita. ( Ceh, macam citer khurafat)
Okay, kebanyakan kes kelar tangan ni bersifat unik. Unik bermakna setiap mangsa ada cerita or motivation untuk kelar tangan diorang. Bukan semua yang kelar tangan tu sebab chenta semata mata. Mungkin jugak campuran daripada masalah childhood, kurang support, rendah diri dan sebagainya.
2. Siapa mangsa popular?
Self abuse ni bukan aje dilakukan oleh orang orang yang tak femes yang bukan macam Kak Tom ni (3 followers tu sebenarnya adalah 3 juta ribu–optical illusion *). Tapi dilakukan oleh orang orang popular juga.
Did you know, the late Princess Diana juga suffer daripada benda ni. Beliau pernah mengaku dalam sebuah interview dengan mengatakan dia pernah kelar tangan & kakinya. Selain itu, beliau juga gemar mengolekkan dirinya di tangga. Something yang kita tak expect kan daripada seorang princess yang disayangi ramai.
3. Understand them.
Daripada mencemuh mereka ni gila, baik memahami masalah dan menolong mereka. Sebenarnya, Kak Tom rasa perasaan tentang diri sendiri tak berguna ni normal bila seorang perempuan tu sangat sangat terluka atau trauma. Sebab kadang kadang dia rasa sakit hati dia lagi jauh pedih daripada kesakitan kesakitan fizikal yang lain.
Macam pernah seorang ni bagitau,
Saya rasa neraka pun tak seteruk pedih yang saya rasa sekarang ni.
Oleh itu, mereka juga memerlukan something untuk distract themselves from emotional pain. Well, u cannot blame this people for feeling this way. Bukan diorang mintak relationship yang teruk or masalah keluarga or masalah dalaman. Tiba tiba kena tanggung semua pressure ni. Bukan senang nak kawal emosi kan.
Aik, orang kuat makan boleh, orang kuat emosi tak boleh? eheh. Well, obsesi selalunya merosakkan.
Aik, orang kuat makan boleh, orang kuat emosi tak boleh? eheh. Well, obsesi selalunya merosakkan.
4. Come out, please..
So, if u think u are facing the same problem, try and get some help from others. Its time to acknowledge the problem and stop the habit. Come out of the closet. Also, if you think that you are out of control, seek for a doctor. They might have the right treatment to cure you.
You know you deserve better. We all do.
Anyways, Kak tom rasa tak perlulah nak explain pasal keburukan kelar tangan, dosa dan boom boom boom. If u think people don’t love you, at least Love thyself, thats all.
Lagi satu, ada jugak keluar surat khabar pasal kes pasangan kelar tangan untuk tinggalkan parut sebab nak membuktikan chenta sayang . Kira macam tattoo Do It Yourself la. Tapi lagi sangkak murah. Itu memang mengader jeh. Nak sangat buktikan kasih dan sayang, belikanlah awek Ferrari sebijik. Kata sayang sampai sanggup meredah lautan api. Mintak kereta sebijik takut pulak.
Kelar kelar tangan ape kelasss. Sangkak Murah.
Kalau breast cancer campaign, ribbon kaler pink. Self abuse awareness lak, ribbon dia kaler orange. Untuk mengalakkan mangsa untuk bercerita masalah dan membantu mereka menghadapinya. : )
Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh tanya dengan incik google atau terus loncat ke -----> Love yourself more everyday :)
'You do it to yourself, you do
and that's what really hurts
Is that you do it to yourself
Just you, you and no-one else'
Friday, 5 August 2011
BAYI DIKEHENDAKI
Bayi ini disyaki telah melakukan jenayah juvana di bawah seksyen 3a/b atas jenayah mencuri hati kak tom sehingga membuatkan mak ciknya tidak tidur lena
Motif sebenar suspek masih lagi belum diketahui.
Jika anda menjumpai bayi ini sila gigit hidungnya dan cubit pipinya.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan majulah sukan untuk negara.
Mekacih.
GAMBAR GAMBAR SUSPEK
Gambar suspek sedang tidur bersama seorang lagi rakan jenayah
Gambar suspek sedang mengamuk di tempat awam
AMARAN : Jangan mudah terpedaya dengan jelingan manja.
NOTA : Suspek juga lebih dikenali dengan nama samaran Mail Lambung.
Tuesday, 2 August 2011
Jom have fun dengan Google
Hey ladies and gents.
Today we're going to have a lil' bit of fun with the most popular search engine in the universe, encik Google. :)
Alrite. Biasa nampak kan google search home macam pic kat bawah ni?
Okay,yang second pic tu pulak?
Disebabkan google.com akan diwarisi oleh Cik Cherry, next time bila korang pergi google.com, logo macam kat atas ni akan keluar. ahaha. Sukaaa tak? suka kannn.. :)
Eheh. Takdela. Logo GOOGLE tu sebenarnya boleh ganti dengan apa-apa nama/perkataan sekalipun. Nak tulis nama sendiri pun boleh, nama jusoh karim pun boleh, nama cik cherry pun boleh. Takde masalah.
Boleh create your own google style logo kat website http://goglogo.com.
So, there you go. Your own google search page. Fuuu-yoh! :)
Now, let's have fun dengan button i'm feeling lucky kat bawah search engine google.com.
Setahu cik cherry la, kegunaan i'm feeling lucky button ni adalah untuk pergi ke website yang dikehendaki tanpa pergi ke search page result. Dia akan pergi terus kepada website yang berada first dalam google search result. So, tak payah membazir 0.10 saat-0.15 saat masa hidup anda.
Okay, sebenarnya banyak benda interesting yang boleh kita buat dengan i'm feeling lucky button ni.
1. Contohnya, nak jadikan google page anda semakin mengembang, boleh try cara bawah ni.
1. Type Google epic
2. tekan i'm feeling lucky button.
3. Tadaaaa!
2. Untuk google effect yang lain boleh tengok contoh macam kat video bawah ni.
Ada banyak google tricks selain google epic. Antaranya, Google gravity, google weenie, google hacker dan macam macam lagi,
Type perkataan colour purple ( yang ditunjukkan kat video) kat search tab google then tekan im feeling lucky. Easy peasyy. :)
Lagi satu, cer type who's the cutest . eheh
Have it a try, toodles :)
Subscribe to:
Posts (Atom)