Tuesday, 16 August 2011

Kelar tangan sangat tak cool.


by francoise neily


 Why Kak tom post benda ni?

                     
To create awareness.


Sebab ada gadis gadis chumell practise self abuse seperti kelar tangan bila sedih. Termasuk kawan den sendiri. Hmm. Not good dan sangat menyedihkan. -_-


Kesian ek, golongan self abuse kat Malaysia selalu dicemuh sebagai takde otak, hilang otak, gila dan macam macam sebab suka sakitkan diri. The truth is, its more than that.



Yang sebenarnya, mereka ni bukan sakit otak atau otak mereka hilang dimakan zombie Kg. Pisang, tapi mereka sedang menghadapi trauma atau pengalaman buruk. Another thing, mereka buat ni bukan untuk meraih attention tetapi cuba untuk menyembunyikan kesakitan yang terlalu sakit.


Yela,kalau dah bercinta janji sehidup semati sehingga ke awan nano nano, lap u poever, mestilah frust menonggeng bila break up kan. Bukan semua orang kuat dalaman dek non. Dan disebabkan itu, menjadikan sesetengah orang jadi over sedikit dalam menghadapi masalah berat.

1. Setiap mangsa, ada cerita. ( Ceh, macam citer khurafat)


                                    


Okay, kebanyakan kes kelar tangan ni bersifat unik. Unik bermakna setiap mangsa ada cerita or motivation untuk kelar tangan diorang. Bukan semua yang kelar tangan tu sebab chenta semata mata. Mungkin jugak campuran daripada masalah childhood, kurang support, rendah diri dan sebagainya. 

2. Siapa mangsa popular?


                              


Self abuse ni bukan aje dilakukan oleh orang orang yang tak femes yang bukan macam Kak Tom ni (3 followers tu sebenarnya adalah 3 juta ribu–optical illusion *). Tapi dilakukan oleh orang orang popular juga. 

Did you know, the late Princess Diana juga suffer daripada benda ni. Beliau pernah mengaku dalam sebuah interview dengan mengatakan dia pernah kelar tangan & kakinya. Selain itu, beliau juga gemar mengolekkan dirinya di tangga. Something yang kita tak expect kan daripada seorang princess yang disayangi ramai. 

3. Understand them.

                               


Daripada mencemuh mereka ni gila, baik memahami masalah dan menolong mereka. Sebenarnya, Kak Tom rasa perasaan tentang diri sendiri tak berguna ni normal bila seorang perempuan tu sangat sangat terluka atau trauma. Sebab kadang kadang dia rasa sakit hati dia lagi jauh pedih daripada kesakitan kesakitan fizikal yang lain. 

Macam pernah seorang ni bagitau, 

Saya rasa neraka pun tak seteruk pedih yang saya rasa sekarang ni.


Oleh itu, mereka juga memerlukan something untuk distract themselves from emotional pain. Well, u cannot blame this people for feeling this way. Bukan diorang mintak relationship yang teruk or masalah keluarga or masalah dalaman. Tiba tiba kena tanggung semua pressure ni. Bukan senang nak kawal emosi kan. 
Aik, orang kuat makan boleh, orang kuat emosi tak boleh? eheh. Well, obsesi selalunya merosakkan.

4. Come out, please..

                        



So, if u think u are facing the same problem, try and get some help from others. Its time to acknowledge the problem and stop the habit. Come out of the closet. Also, if you think that you are out of control, seek for a doctor. They might have the right treatment to cure you. 

You know you deserve better. We all do. 


Anyways, Kak tom rasa tak perlulah nak explain pasal keburukan kelar tangan, dosa dan boom boom boom. If u think people don’t love you, at least Love thyself, thats all. 


Lagi satu, ada jugak keluar surat khabar pasal kes pasangan kelar tangan untuk tinggalkan parut sebab nak membuktikan chenta sayang . Kira macam tattoo Do It Yourself la. Tapi lagi sangkak murah. Itu memang mengader jeh. Nak sangat buktikan kasih dan sayang, belikanlah awek Ferrari sebijik. Kata sayang sampai sanggup meredah lautan api. Mintak kereta sebijik takut pulak.


Kelar kelar tangan ape kelasss. Sangkak Murah.



                                   
Kalau breast cancer campaign, ribbon kaler pink. Self abuse awareness lak, ribbon dia kaler orange. Untuk mengalakkan mangsa untuk bercerita masalah dan membantu mereka menghadapinya. : )


Untuk maklumat yang lebih lanjut, boleh tanya dengan incik google atau terus loncat ke ----->  
Love yourself more everyday :)




'You do it to yourself, you do
and that's what really hurts
Is that you do it to yourself
Just you, you and no-one else'




3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...