Hello lovely cuppycakes.
Adakah anda jenis yang suka berfikir benda benda pelik?
Contohnya benda pelik macam..
Kenapa superman pakai seluar dalam kat luar eh?
Selalu memikirkan kewujudan benda yang tak masuk akal or kadang kadang masuk akal, tapi ramai yang tak peduli.
Ciri-ciri golongan ini :
1. mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi,
2. tak mudah berputus asa
3. kiut
4. tak senang puas hati. Selagi anda tidak mendapat jawapan yang anda berpuas hati , selagi itu anda mencari dan terus membiarkan soalan itu diselubungi misteri..
Jikalau anda memiliki ciri-ciri tersebut, maknanya,
Tahniah! Kita satu geng! Sep!! Yeah!
Kalau anda tidak termasuk dalam golongan ini, sila berhenti membaca disini. Kita putus.
Tak ada apa apa yang ingin dikongsi dengan anda. Tak ada.. taakan pernah ada..
Ololo. Jangan merajuk eh. Acah acah jeh.eheh. Nanti cik cherry belanja eskrim eh. Senyum sikit.
Ah, kan chumell. Okay, boleh masuk geng kita balik.
Right, berbalik kepada memikirkan soalan soalan pelik . Yea. Yea. Saya tahu. Google kan ada. Soalan pelik macam mana pun,mesti dapat jawapan punya.
Well, ada soalan yang saya dah google. Tapi, jawapan jawapan di Yahoo! Answers tidak memberangsangkan. So, ada soalan yang saya biarkan dulu selagi belum ada jawapan yang lagi sesuai.
Di bawah ini adalah antara koleksi soalan peribadi Cik Cherry yang masih tak terjawab dan ada telah terjawab sampai hari ini.
Soalan soalan cepuk emas.
Soalan 1 : Kenapa kita selalu sebut raKSAKSA/raSAKSA (gergasi) instead of ejaan yang sebetulnya iaitu rakSASA ? Kenapa kita tak sebut rakSASA? Yes, with SASA kat belakang.
Comel betul |
Tapi tula. Tak sedapla cakap rakSASA. Sangat pelik. And the truth is, ramai orang konfius dengan ejaan raksaksa, sebab ejaan yang betul dan sebutan orang Malaysia lain.
Soalan 2 : Apa maksud “huhu” sebenarnya? Yeap, huhu yang orang selalu sebut kat mesej tu.
Kita dah balik kampong. Huhu..
Bosanlaa.Huhu..
Hai Jusoh Karim. Huhu..
Hai Jusoh Karim. Huhu..
What the heck is Huhu?
Sebenarnya. Soalan ini telah pun ada jawapan dia. Terima kasih kepada tuan guru google dan website urbandictionary. So antara maksud huhu dalam urbandictionary adalah:
huhu | |
1. The way that small-minded idiots laugh. Always in writing, never in conversation. |
Soalan 3 : Okay, soalan yang ketiga ni sangat sangat susah orang nak bagi jawapan kat saya. Well, senang jeh orang jawab. Tapi segala jawapan anda pasti saya tidak akan terima. Sebab benda yang berlaku ni sangat tak logik . Tapi ramai orang buat dunno jeh. Whyyyyy korang buat dunnoo? Anda telah ditipu! Tau tak, ditipu hidup hidup!..
So,soalannya:
Kenapa kasut kaca Cinderella tak bertukar lepas jam 12 malam sedangkan fairy god mother dah pesan yang semua benda akan bertukar seperti sedia kala selepas jam 12 malam. KENAPA! KENAPA! Yeap, saya tak puas hati.
Kasut special cinderella yang tak bertukar |
Alrite, seperti yang kita tau, kuda bertukar balik jadi tikus. Cinderella pun tukar balik pakai baju sangkak murah dia.
But why kasut kaca tak bertukar? Sampai prince simpan kasut tu buat kenangan.
Okay, antara jawapan yang telah diberikan kpd saya:
1. Sebab director nak buat cerita dia macam tu. ( What? Jawapan ni memang saya reject)
2. Cerita katun (Cerita katun pun kena selarikan details)
3. Sebab Cinderella tak pakai kasut sebelah tu. (Okay, yang ni saya nak terima pada mulanya). Tapi, fairy god mother tak cakap pun kalau tak pakai benda tu, benda taakan bertukar. Well, kalau Cinderella tau barang barang mahal tu tak bertukar, mesti dia bukak barang kemas mahal tu, simpan jeh kat rumah, esok pergi gadai. Another thing, kereta kuda bertukar jugak jadi pumpkin bila Cinderella dah sampai rumah, keluar daripada kereta kuda/tak pakai kereta tu.
See? Kita kena tipu.
Soalan 4: if vegetarians eat veges, then what do humanitarians eat? Eheh.
Okay, ini mengarut jeh.
Alrite then, itu jeh soalan yang saya ingat buat masa ni. Kalau anda ada jawapan yang ingin dikongsikan, sila beri komen. Mungkin saya akan menerima jawapan bernas anda dan anda bakal memenangi RM1 juta hengget* (terms and condition apply). Oh yeah, kalau ada jugak soalan soalan yang nak dikongsikan, sila silalah kongsi.
Selamat berkongsipacai. Toodles.
masyaAllah really interesting da most i like da que no 3 yeay i pn salu tpkir ketaklogikan yg blaku ...just like red riding hood. asal la red riding hood tu xpna rse takut jln dlm hutan sorg2? pastu snow white yg berani sgt mkn epal dr org yg dye xknal. pastu da kne kiss bru tjga. sgt kelakar ble fkirkn blik . n then dlm kl gangster knape samseng yg india tu xbgn blik n duk diam xlawan. sdgkn waktu gado kt pasar tu, tyme kwn dye tgh lwn hero dye bole je pukul hero dr belakang. tp xde. xlogik la hahahahahah yg pnting kte geng, miss cherry!
ReplyDeletesy sebut raksaksa..bukan rasaksa..
ReplyDelete