Kali ni saya nak share sikit pasal program bersama orang-orang tua Al-Ikhlas Puchong beberapa bulan yang lalu. Maapla tak dapat post seminit lepas program habis sebabnya lepas program hakak selalunya ada program lain seperti assignments dan karaoke bersama kawan kawan.
Alrite, kali ni saya dapat interview sikit dengan pemilik rumah warga emas ini, kitaorang panggil dia Ibu Muji.
Beliau cakap, kebanyakan kes-kes orang-orang tua yang kena hantar kat sini adalah disebabkan anak-anak membuang mereka di merata-rata tempat. Antara kes-kes yang terlibat macam:
1. Seorang anak mendera kedua ibu bapanya sehingga cucu mereka tak sanggup tengok dan hantar ke rumah kebajikan.
2. Anak menghantar ke rumah orang tua, dan hanya datang melawat sekali untuk dapatkan harta & tukar nama.
3. Seorang anak meninggalkan bapanya yang berwheel chair di tepi jalan.
Dan banyak lagi kisah kisah lain, tapi kebanyakkannya sebabkan masalah-masalah lebih kurang begini. Bayangkan ibu bapa kita berada dalam kalangan warga-warga emas yang kurang bernasib baik ni, sayunya mereka menunggu anak-anak menjenguk.
Ada jugak warga emas kat sini yang selalu mengadu nak balik rumah, tapi bila anak-anak datang melawat, dia diam jeh, takde complain apa pun. Yes, very the touching.
Okie, masa saya kat sini ada juga beberapa scene yang agak menyayat hati. Contohnya seorang warga emas yang dah terlantar setahun koma dan hanya membuka mata beberapa kali sahaja sejak koma. Believe it or not, wanita ini walaupun dalam koma pernah menangis sebab nurse yang menjaga dia pernah cerita kisah menyayat hati kat dia.
Bukan itu jeh, sorang pak cik ni selalu datang dari bilik warga emas lelaki ke bilik warga emas wanita sebab nak menjeguk isteri dia. Agak sweet disitu, sebab pak cik ni selalu macam nak pujuk pujuk isteri dia, then isteri dia macam merajuk. ehehe. comel jeh.
Selain tu, ada jugak warga emas yang buta, tp suka nak tengok tv. Maybe dia suka dengar bunyi kut. ehehe.
Ada jugak warga emas yang suka masuk tandas. Bila semua orang tengah busy, dia akan cuba melarikan diri masuk tandas selama setengah jam. Tak sure gak apa hobi dia kat situ. Masih dalam siasatan.
So, tugas kami kat situ actually nak spend time, memasak, menguruskan mereka & bersuka ria dengan warga warga emas ni sebab mereka tak ada banyak aktiviti luar.
Bawah ni ada beberapa pitcha program lawatan ni.
Pengasas Pusat Penjagaan ini, Ibu Muji. Beliau pun pernah bekerja di hospital suatu masa dahulu tapi sekarang dah jadi businesswoman.
Ruang tidur warga emas wanita
Kawasan warga emas lelaki
Ruang depan dan kawasan warga emas lelaki jugak. eheh
Sesi beramah mesra bertepuk tepuk tangan. Kat mana mana pun pergi warga emas Malaysia sangat suka lagu Ohh Fatimahh, gadis ayuu.
Sesi meranggangkan otot otot. Lepas sesi menari dan menyanyi, sesi berpantun pulak, di mana anak-anak muda kini fail & lembap dalam membalas pantun. Membalas tweet saja kami cepat.
Antara warga emas yang masih lagi segak dan vogue, berduet bersama.
Okay itu saja untuk kali ni, semoga kita berjumpa lagi, daaaaa.
You belong with me
Not swallowed in the sea
Yeah, you belong with me
Not swallowed in the sea
0 comments:
Post a Comment