Saturday 28 July 2012

World Youth Leader's Forum 2012 Part 1

Hello there,



Harini saya nak cerita sikit pasal satu program menarik yang saya join beberapa minggu lepas. Program ini adalah di bawah Shaw residential college di Chinese University Of Hong Kong dan The National University of Malaysia.

Sebelum bercerita lebar pasal program ni dan sebagainya, saya nak cerita sikit pasal asal usul  Shaw College ini. Rasa-rasanya pernah dengar tak pasal Shaw Productions? Kalau anda selalu tengok cerita P. Ramlee dulu-dulu, mesti perasan lambang Shaw Production ni sebelum filem nak start. 


Sebenarnya pemilik college ni, adalah Sir Run Run Shaw bukan Run Forest Run yang banyak produce filem-filem zaman dulu. Mungkin sekarang ni dia dah kaya raya dan bermurah hati untuk bagi sumbangan dengan membuka residential college untuk CUHK ini. 


Believe it or not, beliau masih hidup sehingga kini dan berumur lebih 100 tahun.  Yeszaa. 



Lecture hall untuk paper & poster presentation


Mercu tanda Shaw College

Okay berbalik semula kepada program WYLF ni. Program ini dianjurkan untuk membincangkan isu kemiskinan daripada pelbagai aspek seluruh dunia. So, pelajar pelajar universiti akan diberi peluang untuk membentangkan paper atau poster pasal isu-isu yang mereka kemukakan. Program ni 3 hari sahaja dimana  2 hari diperuntukkan untuk pembentangan research paper dan 1 jam 45 minit untuk pembentangan poster. Dan tak dilupakan program half day tour Hong Kong untuk peserta peserta WYLF. Eheh. :)

Program ni sangat menarik sebabnya kita boleh kenal ramai orang dari seluruh negara, boleh present idea kita, tau isu-isu semasa dan berjalan-jalan di Hong Kong.


Program ni adalah annual program, so setiap tahun pelajar-pelajar universiti berpeluang untuk turut serta dalam program ni. Untuk student UKM; ada beberapa steps yang perlu dilalui

1. Dicalonkan oleh dekan/fakulti. Tak silap saya la, dekan akan calonkan seorang daripada setiap program di Fakulti.

2. Abstrak yang panjangnya 250 perkataan tentang idea kemiskinan

3. Dipanggil untuk interview oleh pejabat Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM.

4. 9/10 orang akan dipilih daripada interview.

5. Menghadiri bengkel penulisan abstrak di PHA, UKM.

6. Orang-orang yang telah dipilih perlu menghantar abstrak ke pihak Chinese University of Hong Kong (CUHK) untuk penilaian abstrak.

7. Tunggu untuk result kalau dipilih atau tidak sebagai participant daripada pihak CUHK.

Nampak macam susah, tapi bersusah susah dahulu, berjimba jimba kemudian. ehehe

Okay, kepada sesiapa yang akan prepare abstrak untuk program ni, saya ada beberapa tips:

1. Kalau boleh specific kan topik, isu boleh dalam negara atau luar negara
2. Facts and Figures berdasarkan rujukan yang sahih

Kalau yang buat posters, ada beberapa perkara interesting yang anda boleh buat:

1. Concept, Kepentingan idea, Graph, Model, Pendekatan baru, Penilaian Masalah, etc.

Untuk paper presentation, ada beberapa peserta yang buat research selama setahun, ada yang 3 hari, ada yang berdasarkan pengalaman, ada yang compare & contrast masalah kemiskinan di beberapa negara. Kalau yang spesifik lagi menarik sebabnya kita lagi tau in depth pasal sesuatu masalah yang unik daripada negara luar. 

Paper presentation diperuntukkan untuk 10 minit dan 10 minit lagi question & answer session. Kena prepare untuk soalan-soalan yang mungkin diajukan oleh peserta lain sebabnya ramai participant akan berebut rebut untuk bertanyakan soalan. Kalau ada soalan yang ditanyakan anda betul betul tak tau, its okay.  You cannot expect that you can answer all of the questions perfectly. Cuma state your reason. Maybe you can say that your research hanya cover untuk beberapa part sahaja, and you would love to further the study in depth later on. eheh.

Mereka juga suka bertanyakan tentang solution daripada anda  walaupun paper anda tidak berkenaan dalam berfokuskan kepada mana-mana solution.

Okay, enough of stories, kat bawah ni ada beberapa pic masa kat Hong Kong haritu


Bilik untuk 2 orang kat Shaw College. 


Po Lin Monestry di Lantau Island


Hakak naik sampai setengah jalan jeh. Tak larat den.
Tips untuk mengekalkan kecantikan & keputihan:
 Sila pakai sunblock & bawa payung ketika summer


Antara temple-temple cantik di Po Lin Monestry



City Gate Outlets macam mid valley. 
Banyak kedai kedai branded kat sini


Suasana kedai-kedai Hong Kong


Antara bangunan yang tinggi tinggi dan cantik kat sini. 
Bila waktu malam, bangunan kiri ni yang paling cantik sebab lampu dia zig zag



St. John's Cathedral


Kena naik Tram untuk sampai ke The Peak.
 Dari situ, boleh tengok ke semua pemandangan bangunan Hong Kong



Pemandangan daripada atas


Shopping Mall yang banyak kedai-kedai arts.


Kotak-kotak bangunan hasil seni kanak-kanak


Pemandangan daripada the other side of Hong Kong


Pemandangan daripada The Peak. 
Sangat Cantik, Seriouslayy


Welcome Dinner masa first day of the forum




Okay itu saja untuk kali ni, sambung lagi Part 2 nanti



Toodles :D


If you go, if you go
Leave me down here on my own
Then I'll wait for you





0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...